TeMaNKu

Tuesday, September 27, 2011

BerSyukur Dengan sEgAlanya...

JOM KITA RENUNGKAN BERSAMA-SAMA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Friday, September 23, 2011

APA? 7 Punca Cepat Lapar

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin
- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran
- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula
- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak
- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan
- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Thursday, September 22, 2011

SAKA!!!!!!

Saka dipusakai oleh seseorang kerana nenek moyangnya telah mengadakan perjanjian dengan jin-jin saka pada zaman dulu. Dikatakan, kebanyakan orang pada waktu itu menggunakan khidmat jin sebagai ‘pembantu’ semasa hendak membuka hutan untuk membina perkampungan atau menolong dalam soal pendukunan atau menjaga kebun yang luas atau membantu mengerjakan ladang dll.

Orang yang ada saka lazimnya dapat melihat dan/atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus dan kadangkala meracau-racau tanpa sebab-musabab tertentu. Jika moyangnya ada saka, bapanya seorang yang alim, anaknya pula seorang ustaz, mungkin saka tersebut akan ‘timbul’ dalam diri generasi seterusnya (cicit). Oleh itu, ada baiknya kita tingkatkan amalan supaya dijauhkan dari sesuatu yang kufur.

Kaedah ini memang dianjurkan sekiranya hendak membuang saka tapi tak semestinya berkesan seratus peratus. (Amalkanlah setiap kali selepas solat dan akad seperti akad/janji depan Allah SWT)

1) Buat declaration/pengumuman berikut dengan suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu dialu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Alfatihah - 7x
Al Falaq - 41x
An Naas - 41x
Alam Nasyrah - 41x

Ikhtiar kepada Allah SWT.

Sunday, September 18, 2011

Jatuh Cinta Dengan Lagu Ini!!!

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Monday, September 12, 2011

Madah Cinta Yang Terluka

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

Thursday, September 8, 2011

Jaga Percakapan Kerana Ianya Lambang Peribadi



Keperibadian seseorang dinilai melalui banyak perkara seperti tingkah laku, cara percakapan, pemikiran dan nilai-nilai peribadi lain. Bagaimanapun, banyak pihak berpendapat antara yang paling ketara dinilai ialah berkaitan percakapan. Ini memandangkan ia adalah pancaindera paling banyak digunakan untuk berhubung dan turut memberi gambaran mengenai nilai diri yang lain.

Sebab itu, individu yang bijak sentiasa menjaga tutur katanya agar tidak dinilai kurang sopan, tidak bijak dan gambaran keburukan lain. Dalam pepatah kita ada menyebut: kerana pulut santan binasa, kerana mula badan merana. Perkara ini menjadi nilai penting dalam diri untuk dijadikan ukuran yang seharusnya tidak disalahguna.

Malangnya terdapat individu yang tidak berhati-hati ketika bercakap seperti tidak merasa apa-apa kesalahan mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan atau mendatangkan keburukan kepada individu lain. Malah tidak keterlaluan dikatakan ada yang berberbangga dirinya dilabelkan mempunyai gaya percakapan yang buruk atau dikatakan tidak sayang mulut.

Individu yang mengeluarkan perkataan tidak baik merasakan dirinya hebat dan tidak takut implikasi perkataan yang diucapkan kerana yakin tidak ada pihak lain yang akan berani menyalahkan perbuatannya itu. Malah, dengan menggunakan kedudukan atau pengetahuan dalam undang-undang dijadikan alasan bahawa apa yang diucapkan itu tidak salah atau tidak boleh dipersalahkan.

Setiap orang sepatutnya mengambil berat dalam aspek ketelitian percakapan sebagai lambang peribadi murni. Sebenarnya tidak ada orang yang suka kepada mereka yang suka lepas cakap tanpa memikirkan perasaan dan kesan kepada orang lain. Biarpun dikatakan lidah tidak bertulang, tetapi di lidahlah selalu terlekat tulang dan terluka.

Mengapa kita perlu meraih populariti dengan cara ‘suka-suka cakap’ dan menjadi senjata memburuk-burukkan pihak lain, sedangkan diri sendiri sentiasa kelihatan tidak sempurna akibat lepas cakap yang dilakukan.

Sesungguhnya, individu berperibadi mulia akan sentiasa mengucapkan perkataan yang baik dan memberi manfaat kerana tutur kata yang baik diumpamakan seperti mutiara yang disukai semua orang. Tutur kata yang baik menarik minat orang lain mendengarnya dengan perasaan yang ceria, kagum dan mengiyakan. Penuturnya disenangi dan diterima kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.

Beruntunglah sesiapa dapat menjaga kata-katanya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa sentiasa berkata yang benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan damai sentiasa.

Cara terbaik untuk menjaga lidah daripada perkataan tidak baik ialah kurang bercakap atau bercakap perkara perlu saja agar tidak terlepas cakap jika terlalu banyak bercakap. Lainlah jika memang tugasnya perlu bercakap, maka bercakaplah dengan penuh berhemah dan bijaksana yang akan menjadikan dirinya lebih berjaya dalam tugas yang dilakukan.

Memang agak sukar untuk berdiam diri terutama ketika berada dikelilingi ahli keluarga, kawan dan rakan setugas, takut nanti pula dikatakan sombong, tidak pandai bergaul dan anti sosial. Sebab itu, cubalah membina keyakinan diri dan kebiasaan yang baik ketika bercakap agar butir-butir percakapan yang diucapkan itu tidak mendatangkan kesan buruk.

Nenek moyang kita mengajar agar sentiasa berbudi bahasa, biarpun terhadap seseorang yang ingin ditegur kesilapannya atau orang buruk pekertinya. Orang Melayu biasanya menggunakan bahasa kias untuk menegur atau memperkatakan sesuatu yang tidak pasti.

Bahasa kias bermakna perkataan disebutkan tidak terus membawa maksud kepada apa hendak diucapkan. Maksud tersirat dalam bahasa kias amat kuat kesan di sebaliknya. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.

Justeru, masyarakat perlu mementingkan penggunaan bahasa sopan di semua pringkat, terutama mereka yang bergelar pemimpin kerana apa yang mereka lakukan sentiasa menjadi perhatian rakyat dan mudah menjadi ikutan. Tidak kira apapun keadaan dan perasaan ingin diluahkan, mengucapkan kata-kata mencarut, kasar dan tidak bermorak akan mencerminkan sikap buruk penuturnya.

Dalam budaya kita, anak-anak sentiasa diajar dan diingatkan agar bersopan santun dalam bertutur. Aspek ini diberi perhatian sejak anak masih kanak-kanak kerana ia menjadi antara asuhan budi paling penting diterapkan di dalam diri kanak-kanak. Sebab itu, ibu bapa akan malu jika anak-anak menggunakan perkataan biadab dan menghina yang melambangkan kurang ajar dan keadaan itu sudah pasti dikaitkan dengan ibu bapa. Rasa malu dan aib itu bertambah-tambah lagi jika perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.

Sesungguhnya, penggunaan bahasa sopan bermaksud tanda hormat terhadap orang yang dilawan bercakap atau mendengarnya. Sifat hormat menghomati adalah banyak kebaikannya. Ini dapat mengelak salah faham dan perasaan tidak senang pihak lain jika perkataan kasar digunakan yang dianggap tanda penghinaan.

Kata pepatah, ‘kata itu lebih tajam daripada mata pedang’ dan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merosakkan badan’. Seringkali ada orang menerima kesusahan disebabkan perkataan buruk yang diucapkan kerana tidak berhati-hati ketika bercakap. Akibat sepatah perkataan yang diucapakan boleh membawa kepada kerugian dan penyesalan seumur hidup.

Sebab itu, berfikirlah dengan teliti sebelum bercakap sesuatu perkara yang mengundang rasa marah pihak lain. Lebih baik kita dipandang tidak lancar bercakap, daripada terlepas

Resepi Ringkas-1,2,3 siap!!

Ubi Kentang Bersama sosej Salut Telur


Bhn:
ubi kentang-potong nipis2.gaul grm kunyit n goreng
sosej-digoreng
1bwg bsr-potong bulat2
1ulas bwg ptih dicincang
1 biji telur
sedikit lada sulah
cili merah-dihiris
daun bwng-dihiris

cara-caranya:

Tumis bwng pth,mskkan bwg bsr biar layu sedikit..pas 2 mskkn lada sulah..mskkn telur,akhir sekali buh ubi kentang,sosej,cili merah,daun bwg..lau nk masin tmbh grm..sya xltk dh sbb dh buh msa g kentang td..siap sedia dimkn bersama ns pns..sedap n mudah disediakan..1..2..3 siap!!!

Monday, September 5, 2011

Merawat kulit yang terbakar (Sunburn)

meh kita berkongsi petua ari ini:Merawat kulit yang terbakar (Sunburn)



Bagi mereka yang terpaksa menjalankan aktiviti di tengah panas matahari...maka ini ada petua untuk anda yang terkena 'sunburn'

Ambil sebiji kentang...dicuci bersih kemudian dikukus hingga empuk/lembut. Tak perlu membuang kulit kentang tersebut.

Selepas itu lenyek kentang tersebut hingga halus ...dan letakkan bancuhan ubi kentang itu pada kulit wajah yang terbakar...pasti anda akan merasa nyaman dan segar...

Selamat mencuba....