Al-kisahnya cerita suami yang sangat kedekut iaitu sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.
Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.
'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami
'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.
'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan
Isterinya berlalu dari situ.
'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan
harapan si suami akan ubah fikiran.
'Jgn nak ngada-ada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'
Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi
memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...
Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
'Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah'kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga.
Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan istrinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri
yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.
'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'
'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.
Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat'
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer
'tapi apa syaratnya'
'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi
setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' jawab pilot tadi sambil tersenyum.
'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya.
Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang
kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.
Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.
'Ehh? mana isteri encik?'tanya pilot tu terkejut.
'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi'
'Hahh apasal tak cakap'
'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak' jwb si suami
Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...
Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya
-----------------------------------------------------------
TIDUR DGN SUAMI OWNG
Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu
perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah
seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja
namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja
semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap
yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice
looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang
wanita yang memilikisegala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh
yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan
ceria & suka tersenyum.
Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai
menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya
kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hati
kepada Andy.
Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di
pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan pejabat
membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.
Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa
lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.
Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa
kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah
dan Perlis Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan
klien. Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di
sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi
keranahanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah
sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak
"sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!
Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar
tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki
kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai.
Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak
akan melakukan hal yang bukan- bukan.
Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah
lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar
sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat
diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhankerana
katilnya memang kecil. Setelah setengah jam, angin malam yang masuk
melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan
diri bertanya kepada Andy:
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup
saja?"
Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga
dia berkata lagi:
"Abg Andy..."
Kali ini Andy langsung menjawab: "Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU
MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"
Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"
"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka
tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"
--------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAMMER
Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "
-----------------------------------------------------------
HARAM KWEN
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert. Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainan nya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa saja yang kamu suka termasuk Robert.
Suzy : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin?
Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Huh!!??!!
----------------------------------------------------------
BAKAL AYAH
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven
No comments:
Post a Comment
awek cun @ ensem boy kata..: