
Andai di tanya hati ini
sejauh mana teguhnya ikatan cintaku
akan ku teriakan pada mereka
cintaku takkan layu
takkan pudar di telan zaman
Andai di tanya diri ini
seteguh mana pegangan cintaku
akan ku bilang pada mereka
aku kan jadi sesetia Hang Tuah
relaku korban demi pertahankan kesetiaan
Tapi sejauh mana kebenaran itu
untuk kita mempertahankan cinta
sedangkan kita sendiri tahu
bahwa kita hanya manusia biasa yang sentiasa leka
Aku tak mahu jadi hamba cinta
aku tak rela diperbodohkan oleh cinta
namun aku mahu jatuh cinta
dan aku mahu terus dicinta
jadi, apakah erti cinta ini
jika kita si pencinta sendiri ragu pada cinta
wahai pencinta,
sesungguhnya hidup mu penuh dengan pembohongan
pembohongan pada perasaan cinta dan perasaan
pembohongan pada mereka yang menagih cinta
kerana kamu sendiri tak tahu apa itu cinta....
No comments:
Post a Comment
awek cun @ ensem boy kata..: