TeMaNKu

Thursday, September 8, 2011

Jaga Percakapan Kerana Ianya Lambang Peribadi



Keperibadian seseorang dinilai melalui banyak perkara seperti tingkah laku, cara percakapan, pemikiran dan nilai-nilai peribadi lain. Bagaimanapun, banyak pihak berpendapat antara yang paling ketara dinilai ialah berkaitan percakapan. Ini memandangkan ia adalah pancaindera paling banyak digunakan untuk berhubung dan turut memberi gambaran mengenai nilai diri yang lain.

Sebab itu, individu yang bijak sentiasa menjaga tutur katanya agar tidak dinilai kurang sopan, tidak bijak dan gambaran keburukan lain. Dalam pepatah kita ada menyebut: kerana pulut santan binasa, kerana mula badan merana. Perkara ini menjadi nilai penting dalam diri untuk dijadikan ukuran yang seharusnya tidak disalahguna.

Malangnya terdapat individu yang tidak berhati-hati ketika bercakap seperti tidak merasa apa-apa kesalahan mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan atau mendatangkan keburukan kepada individu lain. Malah tidak keterlaluan dikatakan ada yang berberbangga dirinya dilabelkan mempunyai gaya percakapan yang buruk atau dikatakan tidak sayang mulut.

Individu yang mengeluarkan perkataan tidak baik merasakan dirinya hebat dan tidak takut implikasi perkataan yang diucapkan kerana yakin tidak ada pihak lain yang akan berani menyalahkan perbuatannya itu. Malah, dengan menggunakan kedudukan atau pengetahuan dalam undang-undang dijadikan alasan bahawa apa yang diucapkan itu tidak salah atau tidak boleh dipersalahkan.

Setiap orang sepatutnya mengambil berat dalam aspek ketelitian percakapan sebagai lambang peribadi murni. Sebenarnya tidak ada orang yang suka kepada mereka yang suka lepas cakap tanpa memikirkan perasaan dan kesan kepada orang lain. Biarpun dikatakan lidah tidak bertulang, tetapi di lidahlah selalu terlekat tulang dan terluka.

Mengapa kita perlu meraih populariti dengan cara ‘suka-suka cakap’ dan menjadi senjata memburuk-burukkan pihak lain, sedangkan diri sendiri sentiasa kelihatan tidak sempurna akibat lepas cakap yang dilakukan.

Sesungguhnya, individu berperibadi mulia akan sentiasa mengucapkan perkataan yang baik dan memberi manfaat kerana tutur kata yang baik diumpamakan seperti mutiara yang disukai semua orang. Tutur kata yang baik menarik minat orang lain mendengarnya dengan perasaan yang ceria, kagum dan mengiyakan. Penuturnya disenangi dan diterima kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.

Beruntunglah sesiapa dapat menjaga kata-katanya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa sentiasa berkata yang benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan damai sentiasa.

Cara terbaik untuk menjaga lidah daripada perkataan tidak baik ialah kurang bercakap atau bercakap perkara perlu saja agar tidak terlepas cakap jika terlalu banyak bercakap. Lainlah jika memang tugasnya perlu bercakap, maka bercakaplah dengan penuh berhemah dan bijaksana yang akan menjadikan dirinya lebih berjaya dalam tugas yang dilakukan.

Memang agak sukar untuk berdiam diri terutama ketika berada dikelilingi ahli keluarga, kawan dan rakan setugas, takut nanti pula dikatakan sombong, tidak pandai bergaul dan anti sosial. Sebab itu, cubalah membina keyakinan diri dan kebiasaan yang baik ketika bercakap agar butir-butir percakapan yang diucapkan itu tidak mendatangkan kesan buruk.

Nenek moyang kita mengajar agar sentiasa berbudi bahasa, biarpun terhadap seseorang yang ingin ditegur kesilapannya atau orang buruk pekertinya. Orang Melayu biasanya menggunakan bahasa kias untuk menegur atau memperkatakan sesuatu yang tidak pasti.

Bahasa kias bermakna perkataan disebutkan tidak terus membawa maksud kepada apa hendak diucapkan. Maksud tersirat dalam bahasa kias amat kuat kesan di sebaliknya. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.

Justeru, masyarakat perlu mementingkan penggunaan bahasa sopan di semua pringkat, terutama mereka yang bergelar pemimpin kerana apa yang mereka lakukan sentiasa menjadi perhatian rakyat dan mudah menjadi ikutan. Tidak kira apapun keadaan dan perasaan ingin diluahkan, mengucapkan kata-kata mencarut, kasar dan tidak bermorak akan mencerminkan sikap buruk penuturnya.

Dalam budaya kita, anak-anak sentiasa diajar dan diingatkan agar bersopan santun dalam bertutur. Aspek ini diberi perhatian sejak anak masih kanak-kanak kerana ia menjadi antara asuhan budi paling penting diterapkan di dalam diri kanak-kanak. Sebab itu, ibu bapa akan malu jika anak-anak menggunakan perkataan biadab dan menghina yang melambangkan kurang ajar dan keadaan itu sudah pasti dikaitkan dengan ibu bapa. Rasa malu dan aib itu bertambah-tambah lagi jika perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.

Sesungguhnya, penggunaan bahasa sopan bermaksud tanda hormat terhadap orang yang dilawan bercakap atau mendengarnya. Sifat hormat menghomati adalah banyak kebaikannya. Ini dapat mengelak salah faham dan perasaan tidak senang pihak lain jika perkataan kasar digunakan yang dianggap tanda penghinaan.

Kata pepatah, ‘kata itu lebih tajam daripada mata pedang’ dan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merosakkan badan’. Seringkali ada orang menerima kesusahan disebabkan perkataan buruk yang diucapkan kerana tidak berhati-hati ketika bercakap. Akibat sepatah perkataan yang diucapakan boleh membawa kepada kerugian dan penyesalan seumur hidup.

Sebab itu, berfikirlah dengan teliti sebelum bercakap sesuatu perkara yang mengundang rasa marah pihak lain. Lebih baik kita dipandang tidak lancar bercakap, daripada terlepas

No comments:

Post a Comment

awek cun @ ensem boy kata..: