TeMaNKu

Sunday, November 20, 2011

Kenapa Perempuan Suka Menipu

~*~ Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah. Keretakan sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu lelaki. Untuk lelaki pula mungkin pada entri akan datang.

1. Bosan

Hati perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang terjalin. Malah, mereka berasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa bosan dengan pasangan mereka.

2. Balas Dendam

Mungkin seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai. Bak kata pepatah orang putih “What you give you get back” tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.

3. Hidup Terkongkong

Semua orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci. Percaya satu sama lain adalah penting.

4. Power Of Money
Semua orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia. Dengan duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir sahaja dan tidak ramai.

5. Orang Ketiga

Kebanyakan perempuan menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.

Friday, November 4, 2011

PeLik TaPi SeDap!!!!!!-KeTupat Daun PaLas Makan Dengan KAYA


salam semua..slmt ari aji buat semua pembaca2 blog ku yg trsyg..rya aji thn nie cm besa2 jer kot xsma cm rya puasa..rya puasa lebih meriah n syok..rya aji nie dok umh je la..lean la lau g aji bru bst smbut kt sna..pa2 pon ketupat MENU WAJIB ada tiap kali rya..nie sya nk gtw satu cer la..berapa thn yg lps sya da g brya kt umh sppu gak la..de sesuatu menu yg pelik tp sedap sya try..mcm pelik jer nk mkn tp dia srh try test..pa g try test...nyum2 mmg MELETOP..MANTOOOP..ketupat daun palas@lemang ka lau mkn dgn sekaya sngt sedap skali..nie owng baling yg ajar yer..xtw la betoi x..?de spa2 owng sna...sila angkt tgn..BETOI KA..?..spa2 yg nk try..try la jgn tkot xmati pon..buktinya sya msih idop..hehehe..ok la takat nie jer sya merapu..laen kali smbung the next resepi yg trbaru n unik yg korang xpnah jmpa lg..daaa..salam syg dr sya..