TeMaNKu

Monday, February 28, 2011

Follow ke-100

Salam tahniah buat nur lyyana yg menjadi follow ke-1oo den..10Q so much..den syg korang semua..yg sentiasa support blog den..nie link cik nur lyyana;-
http://secebisnurkilan.blogspot.com/..
jom kita serang blog dia lak.;)

HoBi GiLa DeN

alooo semua..setiap owng msty de hobi msing2..selain membaca novel den ska sngt kumpul plstik2 cklt.xtw knpe..bst sngt ble tgk de bnyk2..selain beli sndri de owng bg..felik kn..?owng lain lau pas mkn msty buang kn..?den xsimpn wat harta karun..topup card pon den simpan gak..den yg pelik di dunia kn..?spa2 yg den minat gila cm den sila angkt jari..hahaha..meh lyn koleksi simpnan den..;)







1ooo Burung Kertas

Salam semua..selamat pagi...awl2 pg den dh sedih...knpe yer..?dh trbaca cita nie..den nk kongsi ngn korang..sob2..sob2..meh kita layan sma2..

Sewaktu Ammar dan Hani di awal alam percintaan, ammar melipat 1000 burung kertas buat Hani dan menggantungkannya di dalam bilik Hani.Ammar mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.Hani dan Ammar berasakan setiap detikpercintaan mereka begitu indahsekali.Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Hani mulai menjauhi ammar. memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.Sewaktu Hani mahu memutuskan hubungannya dengan Ammar, Hani memberitahu Ammar, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku
tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”Setelah Hani pergi ke Perancis, Ammar bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Ammar melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yg cekal.
Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Ammar berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat padaHani.Ammar masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak dihatinya.Di suatu hari, waktu hujan turun, Ammar dari keretanyanya melihat
sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Hani !Hati Ammar berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Ammar ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya.Ammar memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah krn hujan.Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Ammar tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Ammar mengikuti orang tua Hani. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.Ammar melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Hani yang dirinduinya.Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Ammar, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.Orang tua Hani memandang Ammar lalu memberitahu, “Haani tidak pergi ke Paris, Hani diserang barah. Hani telah pergi ke syurga. Hani ingin
Ammar menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Hani terpaksa berbohong kepada Ammar dahulu. Hani ada menyatakan yang dia sangat menyintai Ammar, dia percaya kalau Ammar berusaha, pasti akan berjaya. Hani turut mengatakan, jika suatu hari nanti Ammar datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Ammar
membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “Ammar lalu berlutut, berlutut di depan kubur Hani, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Ammar. Ammar teringat senyuman Hani yang begitu manis dan tulus.Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.Sewaktu orang tua Hani melangkah pulang dari tanah perkuburan,
mereka melihat Ammar sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.
Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.

Jika ia SebUaH Cinta…

Salam semua..selamat malam..mlm2 nie den still lam mood nk brmadah..minggu nie agak kejiwangan..xtw knpe..?felik tol..lau spe yg xska 2..sila abaikan yer

Jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
Jika ia sebuah cinta…
ia munkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

Sunday, February 27, 2011

Tip MenoLak CiNta ShaBat KariB

Salam semua,selamat pagi teman2 pembacaku yg setia…10Q sudi membaca blog den yg xcntik mana nie..den akn cuba upgrade blog nie bg jd lebih hebat..huhu..ayt xleh belah..hebat ker..??..Entry kali nie psl nk shbt karib jth ati pada korang..cm mna nk elak 2..entry nie den wat khas tok seseorng yg agak fening skrng nie…hehehe..sbr jer la..tip2 nie mngkin brguna tok kamu..cuba la yer..Ramai dikalangan kita berada dlm situasi cm gini dari kawan yg kita benar2 menganggap dirinya sebagai kawan jatuh hati pada diri kita. Namun, utk menolak dgn cara yg baik cinta seorg kawan lebih sukar dari menolak cinta dari orang yang baru kita kenali.Apa pendapat korang..?agak fening jugak kn..nk nyanyi la..rara n cikin xska ble den nyanyi kata sora den sdp sngt cm ct..hahaha..layan lgu shbt sejati dr unic..;)

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


carautk menolak cinta dari sahabat karib korang dgn x menjejaskan hubungan kawan dgnnya:-

1. Berterus terang dgn kwn karib korang yg korang menganggap dirinya hanya seorg sahabat dan x dpt menerima dirinya sbgai seorg kekasih.
2. Memberitahu kepadanya yg jika korang menjadi kekasih hatinya korang x dpt memberikan yg terbaik krn x mampu utk menjadi kekasih sejati padanya.
3. Memberitahu kepada si Dia korang x pernah pun terpikir utk bercinta dgnnya dan x taw cam mna nk suaikan diri klu bercinta dgn nya.
4. Memberitahu kepdnya yg masih ramai diluar sana gadis/jejaka yang lebih baik dari diri korang.
5. Sentiasa mengelakkan diri dari bertemu dgn si Dia.friendship-lover
6. Menerangkan kpd dirinya walaupun korang menolak cintanya korang masih sygkan persahabatan korang dan xmaw putuskan tali persahabatan itu.
7. Suruh si Dia memberi masa kpd korang utk cuba menerima si dia kemudian setelah sebln korang bg ar alasan yg korang dh cuba utk menerimanya sebgai kekasih tapi korang xmampu nk berbuat sedemikian dan hubungan anda dengannya tetap sebagai kawan.
8. Beri alasan yg korang telahpun jatuh hati kpd jejaka/gadis lain dan sdng mula mesra/rapat dgn jejaka/gadis tersebut.
9. Beritahu yg korang sblm ini pernah dikecewakan oleh kekasih korang dan korang masih xdpt melupakan kekasih korang dulu. x guna jika korang jadi kekasihnya tetapi hati korang pd kekasih hati lama korang.
10. Beri alasan “Saya nak bercinta selepas kahwin” alasan yg pling kukuh..hehehe..;)

Saturday, February 26, 2011

~Kena KiSsES SkaLi SaKiT TekaK ~

wow! tajuk entry agak hot skali..bkn kne kiss pon yer..(jgn nk pikir bkn2)just den mkn cklt kisses bnyk sngt kot smpai skt tekak den..10Q 2 owng disana coz sudi blnje owng disini cklt2..hehe..dh lma mngidam nk mkn cklt akhirnya dpt gak..nsb xkempunan jer..ingt bg s2 jnis jer clkt rupa2 bg 2 jenis...pas nie kne mkn cikit2 jer lau x msty jd cm nie g..;(cm korang taw cklt nie leh wat sseorng 2 skt tekak lau ketahanan bdn xkuat cm den ar..aduss nk kne cri ubt la blik kng..xleh minum ais gak lau mkin parah la jwbnyer..=,=





Den Dh Gian Nie..Cm mna nie..?

Hahaha..ayt 2 agak menakutkan..lex2 luu..xgian bnda yg bkn2 okeh..sya gian nk memsk..skrng nie my bff yg jd mngsa den..den ska memsk..so,diaowng kne mkn..smpai kn dia ckp jgn msk2 sdp2 sngt..6t blik mk diaowng ckp tembam ..saiz seluar xckup la mcm2..skrng nie kitaowng xmkn kt luaq dh..nk jimat duit..smbil2 2 den latih la my bff yg xsbr nk kwen 2 memsk..den rndu ble tgk pic2 nie..nk msk kt cik tija n mak den..sob2..sob..sedih xleh blik smpai bln 4..mna xnyer cti jumaat jer..lau blik pon seari jer..wat penat leh ar..so,selamat tgk jer la..nk mkn dh xder..;(











~ReSePi KeK BaTiK~




salam semua..ari nie den nk brkongsi psl KEK BATIK FAVOURITE den n my family....mudah jer nk wat..korang ikot jer step2 nie msty jd pnyer..credit to kwn sek.seri blik pulau cik fasihah..dia yg ajar den wat nie msa from 5...smpai skrng den wat..time raya xckup lau wat ckit..semua owng serbu bnda nie lu..bkn bdk2 jer..mkcik2 n pkcik2 pon sama..;)

BAHAN2
1/2 butter
1 cawan milo
½ cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
RM3 biskut marie @ ikut suka

CARA2
1. Cairkan butter, masukkan susu dan milo.
2. Kacau sehingga sebati dan likat.
3. Akhir sekali masukkan biskut marie (patah-patahkan...senang nak kacau nanti)
4. Kemudian angkat dan tuangkan dalam bekas, tekan dan padatkan.
5. Masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, sedia untuk di makan

LeLaKi vS PeReMpUaN



Salam semua..pg2 smpai office smpt lg den on9 nk post entry..hehe..bos xmai g so,mari kita enjoy dlu..hahaha..ari nie den wat entry psl lelaki n perempuan..de bnyk perbezaan tp apa2 pon kita saling lengkapkn antara satu sama laen..peace no war..;)

LELAKI

•Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
•Tidak suka bercakap tentang pasangannya
•Agak keberatan meminta maaf
•Suka MEMBUAT keputusan
•Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
•Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
•Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
•Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya
•Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
•Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan
•Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
•Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
•Bersikap pemurah atau boros.
•Tidak fokus kepada sesuatu perkara
•Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel


PEREMPUAN

•Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan
•Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
•Lebih mudah meminta maaf
•Suka MENGIKUT keputusan
•Suka bersama keluarga
•Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat
Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya
•Menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya
•Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi
•Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi
•Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda
•Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
•Bersifat kedekut atau berjimat
•Fokus kepada sesuatu perkara
•Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

LUAHAN Hati

Kenapa xduit..?sbb korang kedekut la dr segala bnda..klu korang nk duit jd brlimpah-limpah rajin2 la.Keluarkn duit 2 jgn tok dri sendri jer ye..ingt2 la sma kt owng laen..kenapa owng xsuka kt korang..?
Perangai korang mcm bdk2..apa yg owng buat semua korang nk ikot..
Korang suka pikirkan diri korang jer..sampai satu thp xleh diterima akal..xpelik kn seseorang leh menjaga korang msa kecik yg sdng sakit,rela xtido pon xpe..tp anda cam mna pulak..adakah anda brbuat yg sma..bila DIA skt??tidak kn..ciap leh tinggal lg..oh itu xleh diterima..
Korang xpernah idop jauh dr keluarga,so korang xbrpe pndai nk brdikari..korang xtaw sshnya..sbb korang de TEMPAT NK BRGANTUNG..korang xpyh nk ssh pikir psl nk byr duit umh sewa,nk byr elektrik,nk byr air,nk top up tok kol owng,nk mkn,mkn beli brg2,nk bbuh minyak moto,nk byr internet,nk byr yuran2..segala2 nya perlu kn duit..pikir2kn la..sebulan brpe duit korang tok bnda2 cm 2..???????
Mampukah anda..??sshnya nk berdiri di atas kaki sndri…klu den sendiri pon lau xde duit xkn ckp kt mak den sbb pa xnk sshkn DIA..Taw dia pon bukan nya brduit sngt..HRPKN DUIT PENCEN JER XKN cukup nk menampung semua bnde..TANGGUNG PON BUKAN 2 JER..LEBIH!!!!!!!!lau korang nk owng hormat n sukakn korang…sila hormat n betulkn diri korang dulu..xde la skt mata yg tgk..mngkin owng laen xtw..
Jgn nk tunjuk baek depan owng saja..tmpt mkn sndri pon nk xnk jer beli brg..tp lau g tmpt laen 2 mcm2 nk beli..perlu ker..??????????pikir2kn…!!!!!
Owng xleh lebih dr korang..tp lau korang xpe lak kn..korang leh mkn kt luar..sdp kn..?sebenarnya korang xperasaan de owng laen lg nmpk korang..apa yg korang rasa lau owng mai brcerita..????
Lau korang nk mkn pa pon..ikot suka korang la de aku kisah!!tp korang pikir2 kn la bdk 2..nama pon bdk2
Pe dia rsa klu owng bwk blik sekadar nk menunjuk2..baek xpyh..buang jer la lam TONG SAMPAH!!..lau jd kt korang pe korang rasa..skt ati x..?msty brasap je kn..bila kita owng mkn sdp2 ckit mula de owng 2 mkn ckit sbb pa tringt kt korang..TAPI korang INGT ker..??????XPON KN…!!
Korang pndai ckp owng brcerita mcm2 psl kitaowng kn..?..tp korang xsedar yg owng lg brcerita psl korang..owng taw perangai korang..tapi kitaowng xkecoh2 pon..lex luuu..bnyk bnda lg xtrluah..hnya owng memahami sj yg taw bnde nie..tp syg dia pon xbrani nk brsuara sbb pe..?trhutang budi dibawa smpai mati…den brckp sbb nk btlkn..bukan nk brkuang ajar..sma2 la kita membetulkn dri..semoga hidop lbh aman n bhgia didunia n akhirat..aminnn….(21 tahun bebas brsuara okeh!!dh layak mengundi..;)sya bukan bdk2 lagi..peace;)))

~YA!!... Aku TaHu~

Salam semua..ari nie xsmpt nk wat entry lg skrng nie curi2 msa nk post entry..ari nie den bz ngn kje td kt office..bos bg kje bnyk kot ari nie..kne ciap 1000 keping..agak fenat den n rara..tp enjoy la wat kje 2..mlm2 buta nie den nk jiwang2 karat lg..lau spe yg xska 2..SILA ABAIKAN yer..hehe..i like jiwang2..hehehe..;))

Ya
Aku tahu
Kau marah
Aku tidak pertahankan kau
Kononnya org yg paling aku cintai..
Ya
Aku tahu
Kau kecewa..
Aku terus berputus asa
Kononnya xmahu halang kau bahagia
Ya..
Aku tahu..
Kau benci
Aku terus membisu diam menyepi
Kononnya jauh mengubat luka sendiri
Ya
aku tahu
kau sedih
bukan niatku menjadi duri
tapi hanya untuk menguji
rupanya tertusuk diri sendiri
ya
kini aku tahu
kau keliru
antara kau dan aku
dgn rela aku menyepi
janji telah terpatri
xguna berpaling lagi
ya
kini ku pasti
kau bahagia
dgn rela ku menyepi
walaupun rindu terpaksa berpura
ya
aku yakin kini
cinta tinggal dihati
walau di nama kau berada
atau dgn siapa menemani
aku xpernah tinggalkan kau
kerna cintaku untukmu
terpatri utuh dihatiku ini..

Thursday, February 24, 2011

LePaS GiaN-GiLa2 MemaSaK






inilah hasilnyer..NASI AYAM 3 DARA MELETOP..:)


salam semua..ari nie kitaowng cuti..so,smlm dh plan nk wat ns aym..pg2 lg cik ekin dh bgn..semngt tol minah 2..hehe..kitaowng pon g la tesco cri aym..bratur pjng gak la..npe tah ari rmai sngt owng..de sale kot..tah la..kitaowng g beli brg n blik cpt2 sbb dh nk kebuluran(cm mngsa gempa bumi lak lak)..blik umh lawan msk la..pong pang2..maka ciap la ns aym..kcian kt cik ekin bru srh ptng bwng sebiji dh nagis(lau mk mertua tgk sure reject pnyer)..den jd cigu msk diaowng jp ari nie..meh join blaja memsk bru leh kwen kwn2 ku..hehehe..mkcik2 sebelah msty angin nyer..dok kt dpur bsing nk mampos..lex luu..ank dara msk mmg cm 2..so,meh kita lyn pic2 ns aym 2..;)jemput ambik bau jer..mkn xleh..hihi..peace

MEnCintaiMu

salam semua..slmt pg..pg2 jumaat nie den nk jiwang2 karat cikit..psl brcinta..ayat2 yg trsusun indah itu pnh brmkna buatku sendiri..berhentilah mencintai owng yg xmencintai kita..agak kcwa disitu..tp nk wat cm mna dh xde jdoh..tema jer la..;(
sob2..sob..(=,=)nk nyanyi la..BERHENTI BERHARAP..

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat


Seharusnya aku pergi saat aku ditolak..
Seharusnya ku tidak disini lagi..
Menanti ucapan cinta..itu takkan mngkin..
Aku bertahan disini biar ku tahu erti hadirku
Aku takot patah hati,takot jauh darimu
Melupakanmu,membunuh cintaku
Tahukah perkataan kamu melukakan hatiku
Berteman itu indah,dan hatiku xkn setuju
Yg aku inginkan bkn hnya menatapmu..
Mendengar ceritamu
Aku ingin menangis bersamamu,ketawa dgnmu.
Berbagi hati selamanya.
Beri aku kejelasan,apa erti selama ini..
Kau beri aku puji,buat ku tinggi
Kau beriku harapan seperti indah
Namun kenyataan xseindah yg ku inginkan
Salahku terlanjur ingini semua yg ada pada dirimu..
Salahku terlalu berkhayal indah tentang dirimu..
Sebelum cinta ini hina..semampunya aku harus rela
Berhenti mencintamu,dan membunuh rasa ini..
Mohon ajarkan aku melupakan dirimu..
Agar aku tetap kuat tanpa bayanganmu
Mohon jgn dtng lg dlm hidupku.
Bukanku membenci,tapi aku telah disakiti olehmu..
Belajarlah berhenti mencintaimu.

Wednesday, February 23, 2011

5 Pandangan Lelaki Terhadap Perempuan


salam semua..selamat pagi all..ari den nk kongsi psl pndngn lelaki terhdp gurlz2 okeh!!mmg lelaki selalu pikir yg xokeh jer psl perempuan..nie nk btl pndngan korang..lau x nk tema xpe la..den xkisah pon..huhuhu..;)

1: Kaum perempuan sering berasa tidak puas hati
SEBENARNYA: Perempuan sentiasa mahu memperbaiki keadaan supaya lebih baik

2: Kaum perempuan bercita-cita tinggi
SEBENARNYA: Sebenarnya perhubungan kedua belah pihak lebih bercita rasa tinggi

3: Kaum perempuan suka mengawal pergerakan kekasihnya
SEBENARNYA: Perempuan lebih bersikap ambil berat dan lebih prihatin

4: Kaum perempuan lebih mengada-gada
SEBENARNYA: Perempuan suka dimanja dan diberi perhatian

5: Kaum perempuan beremosi tinggi dan cepat sensitive
SEBENARNYA: Perempuan lebih berjiwa halus

P/S:So lepas baca ni, harap2 kaum lelaki tak salah sangka kat kaum perempuan la ek!!

INGATAN BERSAMA

Salam semua..ari nie den nk brkongsi ilmu ngn korang,selamat bramal tok kebaekan korang gak..den dh bca so,den nk jgak tlong sebarkn nyer…lau korang dh tw xpe la..pepatah de mengatakn sebarkn la walaupon sepotong ayat..
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

BonGkar RahSia KaTa2 WaNita

salam semua..ari nie den nk bg tip yg brguna pada para jejaka sekalian…setiap kata2 wanita mempunyai rahsia tersendiri..Rahsia ini mungkin amat berguna utk kaum lelaki dlm mengenali pasangan mereka. Perkataan2 yg selalu digunakan oleh wanita hari ini. Jom kita selongkar rahsia disebalik kata2 wanita.


FINE
Perkataan ini digunakan wanita utk hentikan pergaduhan, lebih2 lg bila dia rasa dia yg betul dan anda kena diam..

5 MINIT
Ini sebenarnya lebih kurang setengah jam.

TAKDE APA-APA
Ada sesuatu hal yg anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan wanita yg inginkan anda berputar-putar kat dlm mcm mesin pengisar. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yg akan bertahan selama '5 MINIT' dan diakhiri dgn 'FINE'.

PERGILAH!
satu cabaran yang akan membuat si wanita menjadi marah dgn 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH bermakna 'mengalah'@'buat je la apa yg awak nak sebab saya tak kisah'.

MENGELUH KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yg sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yg bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH PERLAHAN' membawa maksud yg dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jgn buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OK LAH
Ini adalah kenyataan yg paling merbahaya seorang wanita boleh buat kepada lelaki. 'OK LAH' bermakna dia ingin berfikir pnjng sblm dia membalas terhadap perbuatan anda yg telah menyakitkan hatinya. 'OK LAH' selalunya digunakan dgn 'FINE'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yg besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang wanita memberi anda peluang utk mengeluarkan sebarang alasan@sebab di atas apa yg telah anda lakukan.

TERIMA KASIH
Sorg wanita mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Berbeza dr 'TERIMA KASIH'. Sorg wanita akan menggunakan ini bila dia dah terlampau marah pd anda. Ini menunjukkan yg anda telah menyinggung perasaannya

MaDaH CiNtA

Klu sy jD
AiRmAtA.sY iNgiN
LaHiR dr mAtA
AwkHiduP d PiPi
Awk & mAti d
BiBiR Awk.tApi
Klu Awk jD
AirmAtA sY. sY X
Kan mEnAnGiS
sBb sY X nK
keHiLaNgAn
awk.!
Sahabat umpama
KOMPUTER.
awk ENTER dlm
hidup saya, saya
SAVE awk dihati,
awk FORMAT
segala masalah
saya & krn itulah
tak mungkin
saya DELETE
awk dr MEMORY
saya….

Tuesday, February 22, 2011

~CuMa Akuu..~

salam semua,buka fb tgk de lgu nie..rmai lak yg dok share,so dngr la..best jgak lagu bru heliza..so,meh kita layan sama2..;)

MeNyEru KiTa 5 KaLi SeTiaP Hari

siapa yg menyeru kita 5 kali setiap ari selain azan..??
salam semua..ble bca jer tajuk post ari nie korang msty trtnye2 kn..?agak seram gak disitu..siapa ye..?jawapannyer ialah KUBUR di nama tmpt kita semua akn disimpan sblm akhirat..

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAk LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah,Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Monday, February 21, 2011

CiNta X SemESTinYA MEmiLiki



Salam semua,selamat pg(^_^) curi2 msa buka blog...hehehe..bos xmai g so,leh ar buka jap..;)ari nie entry den psl cinta yg xkesampaian sbb rmai sngt ptus cinta skrng nie..emm..begi2 pedih sekali jika ianya trjadi pd seseorng..hehe..sowi brckap dr pngalaman sndri okeh!..jatuh cinta mmg perkara yg trindah lam idop seseorng..tp ianya akn mnjadi sebaliknya lau xdisambut..dh2 meh kita layan blog den nie..

Ya Allah jika si dia adalah yang terbaik untuk dunia dan akhiratku, maka kekalkanlah hubungan kami, dan hubungkan kami dengan ikatan perkahwinan, dan biarlah ianya berkekalan..selama-lamanya..Insyaallah..
Jika sebaliknya ya Allah, maka pisahkanlah kami, dan hubungkanlah kami dengan ikatan persahabatan tanpa aku merasa sedih....Aminn


Masa hangat bercinta semuanya terasa begitu indah sekali kan? Tapi bila cinta berakhir . Maka bermula episod duka baru dlm hidup seseorng. Segala kasih syg yg pernah diberikan bertukar menjadi benci sekelip mata. Paling nyata akan terkeluar perasaan menyesal atas segalanya. Menyesalnya mengenali si dia...Menyesalnya menyintai si dia..Betapa sia-sianya cintaku pada si dia...dan sebagainya.
Jarang kita dngr org yg bersyukur apabila ditakdirkan perpisahan itu berlaku. Tetap terasa bahagia walaupun berpisah. Kalau ada mungkin kurang. Hehe(1 lam 100).. Tapi pernah x sedetik kita berfikir. Bahawa terdapat seribu hikmah perpisahan?? Mungkin hikmah perpisahan ini makin mendewasakan kita? Mungkin juga perpisahan ni bakal menemukan kita dgn cinta yang lebih indah?(hrp2 cm 2 la yer)mngkin dia bukan yg trbaik tok kita..
Rasanya x perlu kita rasa menyesal@ terlalu bersedih di atas perpisahan yg berlaku. Krn cinta yg sejati tak semestinya memiliki. Sekadar melihat si dia yg pernah kita sayangi berbahagia juga mampu membuat kita gembira. Dan kita juga perlu berusaha mencari kebahagiaan milik diri kita sendiri. x perlu ada dengki @ mendoakan si dia menderita, x bahagia @semua yg buruk. Segala perasaan benci, berdendam hanya membuatkan hati kita tidak tenang dan xbhgialam hidop ini.redhakn jer la walaupon pedih..ajar diri utk menerima hakikat..
Jln terbaik lepaskanlah si dia dgn ikhlas. Jika benar sudah termaktub di loh mahfuz bahawa jodohmu dgn si dia. Walau ke hujung dunia sekalipun, akan ketemu jua. Tapi kalau sudah bukan jodoh berdua, usaha mana pun takkkan berhasil. So, cubalah melihat ke hadapan. Krn kadang2 bila kita terlampau mengejar bahagia yg x mungkin kita dpt. Sehingga kita x terlihat kebahagiaan yg sudah lama berada di depan mata.


P/S: CINTA sejati adalah saat kau dapat merelakan CINTA itu bahagia, bukan untuk mendapatkannya..;)

CinTa&KaWaN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??





Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??





Kerana…KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telagaCINTA hilang….
Kenapa??





Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimanaCINTA & terus menunggu..
Kenapa??






Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…. kan ?? jadi, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI…..
Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman masih paling berharga.
Hanya cinta kepada yang satu sahaja yang kekal

BiLa KiTa SyG OrG 2



Bila kita syg org 2
Kita tunggu dia lama pn x pe
Tp bila dia tnggu kita???dia mrh2
Hati kata ala, adatlah ada yang mnnunggu n ditunggu

Bila kita syg org 2
Kita x tdo pun x pe layan dia yg tengah bosan,
Tp bila kite bosan Ada dia layan kita?
Hati kata x pe dia busy kot

Bila kita syg org 2
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lain atau matikan
Kalau dia kol kita lambat jawab, sibuk pula tanya kenapa
Bila jadi macam tu, x pe
Hati kata, x pe, layan je, dia busy lagi kot

Bila kita syg org 2
Kita bercerita dgn dia,tapi sebenarnya cite ngan
tunggul lg baik
Tp bila dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt…klu x ingat kita yang kena marah
Hati kata x pe syg katakan…

Bila kita syg org 2
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia suruh jugak kita
layan dia bila dia bosan
Adil ker? Hati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita syg org 2
Kita jadi cam org gila dengar dia sakit,
Tp bila kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Hati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Bila kita syg org 2
Kita x pernah pentingkan diri sendiri
Tp dia hpokrit tahap gaban
Hati kata x pe, dia mmg macam tu kena lah trima..

Bila kita syg org 2
Kita syg nk tinggalkan dia selama2nya
Tp dia x tahu kita berdepan dgn maut,
Walaupun kita skt,dia kata kat kita,sakit
biasa2 jer, jgn nk mengarut
Hati kata, cmnelah dia bila kita x de,
mesti dia hepi

Bila kita syg org 2
Kita x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kita,
Hati kata, tau x btapa kita syg kan dia????
Bila kita syg org 2
Kita snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngorbanan kita??
Hati kata, x pe, janji dia bahagia
Dan……

Bila kita dh tinggalkan dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kita
Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mngata kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kita
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan hati kita
Dia mintak maaf sebab pernah bt kita klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kita
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kitar
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kita

Sunday, February 20, 2011

10 Kunci Hati Si Dia


Salam semua,selamat pg..bru pas wat kje..curi2 msa nk tulis something kt cni..ari nie entry den psl kunci hati..pe yer..?lau nk taw kkne la bca..tq coz sudi layan blog den yg xsebrpe nie..syg korang..;)entry kali khas wat para jejak yg xwat cm mna nk memenangi Hati Gadis yang DiCintai.Meh kita bongkarkn sma2 pa yg perlu dibuat bg memikat n menawan ati gadis pujaan anda.;)

1-KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI.
Kebanyakan gadis memang suka berterus terang.Dari memendam perasaan,baik Si Dia berkata apa yang terbuku di hati.si berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walau pun ada kalanya agak menyakitkan bagi yang mendengar.Jadi, dengarlah dgn teliti dan renunglah matanya.Pasti Dia akan gembira kerana kamu mengambil perhatian atas pa yg dikatakannya itu.

2-MENGAMBIL BERAT TENTANG SI DIA.
Sebagai seorg lelaki,ada masanya anda kne menyakinkan Si Dia yg kamu ambil berat terhadapnya.Kata2 juga memainkan peranan penting.Jika anda harus berterus terang,haruslah sejujur dan seikhlasnya.Bukan setakat mengambil berat tentang kesihatan saja,malah anda juga harus peka dengan Perasaan dan emosinya.

3-HARGAILAH PERASAAN SI DIA.
Bagi seorg gadis,perasaan sngt penting bg dirinya.Jadi tidak hairanlah sekiranya Si Dia sering bertindak mengikut perasaan dan kata hatinya. Jgn sesekali kata yg Si Dia selalu sngt mengikut perasaan tanpa berfikir.Ia akan membuatkn Si Dia terluka oleh sikap anda itu.Sebaliknya anda harus membimbingnya cara utk mengatasi perasaan dgn cara berfikir dahulu sblum bertindak.Si Dia akan berasa terharu krn anda dpt menerima perasan yg dialaminya.

4-SI DIA INGIN DI HORMATI.
Siapa kata Gadis yang lemah lembut xperlu di hormati???
Anda harus menghormati dirinya sebagaimana anda mahu dihormati.Bagaimana mahu menghormati Si Dia?Kamu seharusnya mengakui kebolehan,kehebatan,dan keistimewaan yg terdapat dlm diri Si Dia. Anda jgn sesekali memperkecilkan keupayaan,memandang rendah terhadap si dia.Sebaliknya,anda memberi sokongn terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.


5-SUKA DIBELAI DAN DIMANJA.
Sudah sikap semulajadi seorg gadis yg suka dimanja dan di belai.Jadi tidak salah seandainya anda manjakn Si Dia,tanda Sayang dan Cinta kamu terhadapnya.Anda juga leh melakukan kejutan sprti menghantar SMS mangatakan anda amt Mencintainya,membelikan Bunga,hadiah@ mengirimkan kad ucapan pada bila2 masa. Mungkin juga kamu boleh menggenggam jarinya di saat berjln seiringan dgnnya.Ops!jgn sampai terjadi perkara2 yg diluar batasan sudahlah yer.

6-PUJI-PUJIAN.
Kebnykn gadis berasa risau andai penampilan mereka x kemas dan paras rupa mereka kurang menarik.Jika penampilan Si Dia menarik,lemparkan kata2 pujian agar si Dia terasa dihargai.Tapi,jgn sesekali anda memberikan kritikan yg blh mengguris perasaannya.

7-UCAPKANLAH CINTA.
Jika anda tkot tok mengucapkan kalimah Cinta secara lisan,mungkin anda jga leh menggunakan cara lain.Cthnya,luahkan perasaan anda melalui puisi ataupun lagu yg mengandungi kata2 indah penuh bermakna.Andai anda benar2 Mencintainya,anda seharusnya segan silu utk melafazkannya krn pasti ia amat menghargainya.Yakinkan diri anda utk berani berhadapan dgnnya,meluahkan rasa Cinta anda yg utuh dgn sejujurnya.

8-TIDAK MERIMASKAN.
Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mndpt seorg Kekasih yang turut menjadi perhatian orang lain atau suka membangga diri.Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan kamu itu.Seeloknya kamu bersikap sederhana dan merendah diri.Jika anda ingin mengetahui si dia rimas dgn sikap anda ya atau tidak,perhatikan gerak gerinya.

9-FAHAMI EMOSI SI DIA.
Perempuan mmg kaya dgn emosi.Oleh itu,anda mesti memahami emosinya.Kaum perempuan juga mudah mngalirkan air mata,tanda sedih @ gembira.Jiwanya juga mudah terusik walaupun hanya krn bnda kecik dan remeh temeh.

10-RASA SELAMAT.
Sebgi lelaki,anda dianggap pelindung n hero pd si dia,maks,anda kne bersikap begi2 terutamanya bila si amat memerlukan kamu.dia akan rasa lebih selamat andai anda berada di sisinyaTerutamanya di saat gentir.Tetapi,pastikan anda x ambik kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaannya terhadap anda.Anda jgk perlu bersikap lebih bertanggungjawab agar si dia mempercayai dan menghargai anda sbagai perlindungnya.

~My HeaRTh WiLL Go On~

mlm2 nie meh kita layan lgu nie..;)

ANDA PERLU TAHU!!..

Salam semua..selamat malam..Entry den kali nie nk membongkar pe yg kita x tahu or xperasaan selama nie,kdng2 wat xpsan jer..hehehe ..Perkara yg kita xtahu @xperasaan..meh kita bca sma2 pe bnde 2..?

1. Sekurang-kurangnya ada 5 org dlm dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati krn anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 org dlm dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Seseorg membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Snymn drpd anda leh membawa kebahagiaan kpd sesorg walaupun dia x menyukai anda.

5. Setiap mlm ada sesorg mengingati anda sblm dia tido.

6. Anda amat bermakna dlm hidup sesorg.

7. Kalau bkn krna anda, sesorg itu x akan hidup bhgia.

8. Anda sorg yg istimewa dan unik.

9. Sesorg yg anda x ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan g sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda x mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda x akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pd diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14.Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik

P/S; Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya

SyG,SuKa @CiNtA

Saat kau MENYUKAI seseorang,
kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

CINTA, adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.

SUKAadalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku..


Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAImenyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan.


Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya,kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANGadalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTAadalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

Saturday, February 19, 2011

~10Q Izamir Ridwan @ IR



Salam semua ari den nk wat entry psl to said arigato en IR @http://www.izamirridzwan.com/..10Q so much bro ,u dh bg blog den famous..dr xrmai follow skrng de bnyk la ckit..sowi la yer den nie xpndai brkarya sngt.lau de yg xkena 2 tlng la tegur yer..u kn senior kita orang slain cik cici 2..korang mmberi semangat tok k terus berbloging lau x..smpai skrng den bior jer tanpa update cm dlu2..kt cni den smpt gak print skrin pas en IR wat entry psl Alamak.cintaku xberbalas yg de sertakan link blog den..;)






SELEPAS EN IR FAMOUSKAN BLOG DEN.INILAH HASIL NYER..;)

7 KaLimaH ALLAH

Salam semua..ari nie den nk brkongsi ilmu ngn korang,selamat bramal tok kebaekan korang gak..den dh bca so,den nk jgak tlong sebarkn nyer…lau korang dh tw xpe la..pepatah de mengatakn sebarkn la walaupon sepotong ayat..

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3.Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa,
karena sudah biasa.

Friday, February 18, 2011

TiaDa JoDoH



selamat mlm semua nie entry psl xde jodoh.meh kita sma2 renungankn pe itu istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

p/s;klu xde jdoh 2 tema la jer la ngn ati yg trbuka.mngkin dia bkn yg trbaek tok kita..xsalah kn jd kwn jer..;)

Thursday, February 17, 2011

Siti Nurhaliza : Kau Kekasihku (HQ Audio)



salam jumaat semua..pg2 nie buka hot fm dngr lgu nie..so,meh kita layan..;)

~ AnDai LeLaKi TaHu~



Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

AIR SEMBAHYANG



salam semua pd pembaca2 blog i yg hudus nie,sowi ar msih bnyk kekurangan lg..maaf yer..mlm nie den nk brkongsi psl air smbhyng @ brwuduk..

1.Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan.
Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Wednesday, February 16, 2011

Imam 20sen



salam semua den nk brkongsi psl entry nie tok renungan kita brsama..;)) jom kita sma2 hayatilah cte nie..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.


Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?


P/S:Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

CINTA BERBALAS @ TIDAK?



1. Kamu bertepuk sebelah tangan andai...
Si dia hanya mengharapkan kamu membelanjanya setiap kali bertemu.
Kamu sahaja yg selalu menghubunginya atau menghantar sms padanya sedangkan si dia hanya menghubungi kamu saat dia memerlukan kamu sahaja.
Kamu tahu semua tentang perihal keluarganya, tetapi dia tidak pernah sekalipun bertanyakan hal keluargamu.
Sekiranya kamu dalam kesusahan, si dia tidak pernah berasa di sisimu. Tetapi bila si dia berada dlm kesusahan, kamu tidak pernah jemu memberikan bantuan.
Tidak pernah sekalipun dia membicarakan soal cinta dgn kamu.
Si dia melayan kamu sama seperti dia melayan teman-temannya yg lain.

2. Kamu tidak bertepuk sebelah tangan andai...
Si dia sering mengajak kamu keluar utk belanja makan dan minum.
Si dia ingin meminjam sesuatu dari kamu atau meminta bantuan kamu. Tujuannya agar si dia berasa dekat dgn kamu.
Si dia mengajak kamu menemaninya bersiar-siar dan membeli belah yg mana langkah ini akan membuatkan kamu sikit demi sedikit menerima si dia.
Si dia mula bertanyakan tentang keluarga kamu dan dalam masa yg sama si dia akan bercerita tentang keluarganya. Topik ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan kamu berdua kerana kamu sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
Si dia akan sentiasa bertanya khabar kamu dan ini kamu tentunya berasa lebih disayangi.
Si dia mula melayan kamu seperti kekasihnya. Setiap kata2nya juga adalah kata sayang dan cinta.

Rahsia Tapak Tangan



salam semua..mlm yg indah nie den nk kongsi psl entry tgn yer..sbb skt sngt tgn kne buli ngn bos kt tmpt kje td..mencik..skt sngt..nk tido awl ar mlm nie..rse cm nk dmm..( Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita….Ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. jangan tersalah tilik, sudah la..
P/S:jadikan la ia sekadar bahan bacaan sahaja okeh..;)


1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu.Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Tuesday, February 15, 2011

Tips untuk Kurangkan STRESS





credit 2 pak cik google


Salam tok semua pembaca2ku..den nk kongsi tip tok kurangkan stress ngn korang Semua..Bila stress kita.. apa yer yang korang rasa? Apa yang korang akan buat bila hadapi satu tekanan yang melampau..??jangan stress stress…. relax… relax….semua mslh msty de jln keluar nyer…Kat sini ada 10 tips.. korang bleh pilih-pilih yg mna korang suka.. ataupun buat je semuanya.. buat mana yang mampu je, okeh!!… asalkan tekanan yang korang hadapi tu dapat dikurangkan…

10 tips yang kita boleh amalkan tok mengurangkan stress:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.


8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja


9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”.Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.

Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai.kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untukdiatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.

Adakah Si Dia Benar Mencintai Anda?



Salam semua..slmt mlm..entry den kali nie ditujukan tok owng yg bru nk brcinta okeh!!..cm mna kita nk taw si dia 2 mencintai kita x..? anda semua pasti tertanya-tanya kn..?? u all pon nk taw sngt perasaan si dia terhadap anda..kt bwh nie da 5 cara adakah dia benar2 menyayangi anda @ tidak..???

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia
Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda
Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda
Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda
Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5. Dia Jujur Kepada Anda
Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

Monday, February 14, 2011

SaLaM MauLidur RasuL



salam Maulidur Rasul tok semua teman2ku..korang cuti xari nie..?den sedih nie xleh nk cuti..mencik2 tol..2 la pdn muka den sya srh kje ngn owng cina..ambik kau!!..pe2 pon xkisah la..tima jer lorh..nsb bdn maa..

Renungan bersama...
Umat Islam sedang bersedia menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. ke sekian kalinya.Berbagai bentuk sambutan diadakan bagi meraikan Maulidur Rasul. Majlis yang biasa kita adakan iala seperti jamuan, tahlil, selawat, berzanji, majlis amal, perarakan dan sebagainya yang munasabah kita lakukan.

Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar adalah lebih penting..

Tidak salah mengingati Nabi S.A.W. bahkan kita mendapat pahala kerana membuat peringatan tentang Nabi S.A.W. Namun sambutan dan pesta memperingati Rasul S.A.W. biarlah hanya suatu sampingan kepada ingatan kuat dan kecintaan sungguh kita padanya di seluruh musim, tidak kira apa musim pun. Musim bola ke, musim tengah orang duk sibuk puja artis ke, musim orang tengah gila memberontak ke, apa musim sekalipun kita tetap ingat dengan ingatan tulus ikhlas pada Nabi S.A.W. Yang ini baru boleh kita iktiraf sebagai sambutan yang bagus. Sambutan yang lahir dari hati dan perasaan yang mendalam dan bukan hanya sekadar kulit luar semata-mata.

Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, “tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri”. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. “sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah,” sabda Rasul S.A.W.


Selamat menyambut kelahiran Nabi S.A.W.
Selawat dan salam ke atasnya

Mencintai Kamoo



Salam semua..ari nie den nk jiwang2 ckit yer..lau spe yg menyampah..sila abaikan yer..huhu..mencintai kamoo adalah perkara yg trindah lam idopku..hnya kamoo yg brtaktah lam ati ini..tiada yg laen selain kamoo..kamoo adalah CINTA TERAKHIRKU..apalah erti idop tanpa cinta sejati…forever love..jom semua kita memahami bahasa cinta yg sukar diramal..
p/s:to my geng jgn nk gosip2 den yer..hahaha..;)


1]Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2]Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3]Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba diaakan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19]Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Attention:-Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!