TeMaNKu

Thursday, April 28, 2011

Yahoo!! last day praktikal..

Assalam semua..ari nie den eppy gilo..korang nak taw pasai pa..?ari nie last den li..akhirnya smpai gak msa yg di2gu2 selamanya..telah berakhir..pas nie leh enjoy..ha2 ska2..tp cuma tinggal nak present jer selasa or rabu depan..pas nie blik umh leh goyang kaki..2gu hasil jer pas 3thn blaja..den gilak maw msk nie..xsabo ooo..k la slm syg dr den miss yaya..;)

Wednesday, April 27, 2011

Tuan Tanah Demam

Assalam semua..sowi dh la x update cte..tuan umh xchat..4 ari dmm..suhu bdn trlalu tinggi..lgpon bz ngn final projek..nie sem lst bg den..pas nie den brblog cm besa yer..doakan kechatn den yer..salam syg dr miss yaya..;)


Tuesday, April 19, 2011

Bongkar Rahsia Tidur

Assalam semua..selamat pg..ari nie n3 den psl tido..xtaw pasai pa skrng tido msty trjaga pg2..sejak kes ari 2 la..lau dh jaga ssh tol nak tido blik..dok la sowng tgk kiri ngn kanan..den ska tgk cra raron tido ngn gaya dia trsendiri...ha2..owng kaya la konon..ops!! sejak 2 menjak nie den pon dh trikot cara dia..Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yg tersendiri. Berikut rahsia disebalik cara tidur manusia. Allahualam.p/s:jgn caya sngt dong!!sekadar bacaan sampingan jer yer..tq pd spe2 yg sudi mmbaca coretanku ini..



1.Tidur telentang dgn kedua2 telapak tangan diletakkn di blkng kepala

Kamu adalah individu yg sngt pintar dan sentiasa bersemangat utk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yg bernas dan unik yg mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dlm hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar utk bercinta mungkin disebabkan dirimu yg agak memilih.


2.Selubung seluruh badan dgn selimut

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan org ramai namun hakikatnya jauh di dlm diri kamu itu, kamu adalah individu yg pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dgn sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan org lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dlm tidurmu.


3.Tidur dgn kedua2 tangan diletakkan di belakang kpd dan kaki bersilang

Sesiapa yg tidur dgn gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkn perasaannya sendiri dan sukar utk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yg ada dlm diri kamu mmg dipuji.


4.Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa krna masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bg utk memberi cinta kpd pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dlm hidupmu.


5.Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6.Tidur mengiring dgn salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yg cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah utk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yg sukar sebaliknya kamu harus belaja utk lebih bertenang.


7.Tidur mengiring dgn beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8.Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yg yakin pada diri sendiri. Kamu akan melihat kejayaan dlm setiap perkara yg kamu lakukan. Kamu akan berusaha utk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yg tidur mengiring pd arah kanannya dgn meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yg cerah.


9.Tidur telentang dgn tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yg sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dam kategori pemboros namun kamu beruntung kana pendapatan yg kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dlm diri kamu… jadi, siapa pula yg kamu maksudkan dlm cerita rekaan mu baru-baru ini?


10.Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dgn gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yg berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain utk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yg lalai dan tidak teratur!


Monday, April 18, 2011

Cintai Dalam Diam

Assalam semua..selamat pg..smkin mls nak on9 skrng xtaw pasai pa..game kcygn pon dh tinggal cm 2 ja..lau xbuka mata ja game nak pon game lu..meh la lyn n3 trbaru nie..OMG!! cinta dlm DIAM..



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya????

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu .

Sunday, April 17, 2011

CuMa Aku..

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang


CERITA CINTA

Assalam semua..aloo..suda lama den xkuaqkn cte psl cintan cintun nie..ari nie meh la sma2 kita lyn n3 nie..segalanya tentang cinta..p/s: "untuk seseorang yang slalu dan selamanya aku cintai..."meh join den layan lagu jiwang nie-lafazkanlah

Blia resah,Semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamo
Tapi mngkinkah,Kerinduaan ini
Turut jua engkau rasai
Lafazkanlah kasih,Kalimah cinta
Lafazkan lah saja,Rindu milik kita
Kerana hati ini,hanyalah buatmu
setulus hatiku,ku serahkan kepadamu..
oh kekasih,kekasih..
jgnlah kau pergi,oooo..
kerana aku menyayangimu..
kerinduaan ini,hanyalah untukmu
percayalah..kucinta padamu
moga reality,bukannya mimpi




cinta itu hanyalah sekali dan yang sekali itu tidak akan dapat dikikis-kikis dari jiwa manusia selagi hanyat dikandung badan...

cinta itu adalah barang suci, bukan benda buatan atau hawa nafsu yang boleh dipermain-mainkan, ditukar atau dinilai dengan harga emas kekayaan atau bangsa ketuanan.

dari dulu sampai sekarang orang berjuang kerana cinta, orang menderita kerana cinta dan orang bahagia kerana cinta, terkadang-kadang orang nekad kerana cinta..

rindu sebenarnya menjadi baja bagi pohon cinta yang baru tumbuh..

cinta itu tidak pernah kehilangan erti

cinta sebenar nya bukan perkara yang mesti diperkatakan, tetapi mest dirasai dan dinikmati..

kasih sayang tumbuh pada hati mana pun juga, tidak memilih yang muda atau yang tua..

kenangan lama memang manis dan nyaman. dan, kadang-kadang bergelora juga dengan gelombang-gelombang. tetapi hanya itulah sahaja yang wujud sekarang ini. sebuah kenangan adalah sebuah nikmat adalah sebuah rahmat yang sulit dibuang. ia memberi kesejahteraan di waktu-waktu seperti sekarang..

kekecewaan dalam percintaan ini bukannya bererti kekalahan, melainkan adalah pendorong kepada jalan kemenangan yang lebih berharga di dalam kehidupan yang akan datang..

ringgit dan kuasa boleh bertakhta mencairkan hati dan cinta...

dunia ini luas bagi mereka yang bercinta..

lelaki memang mudah cepat berpindah mata dan hati. lelaki lebih keluar, wanita lebih ke dalam..

cinta tidak pernah ada usia..

wanita jadi dewasa kerana cinta, sementara lelaki menjadi remaja kerananya..

cinta memang sesuatu yang biasa dan universal, tapi cinta juga sebenarnya sesuatu yang luar biasa dan terlalu peribadi...

cinta itu satu duka dan bahagia yang tidak terhurai, "satu penerimaan dan penolakan yang ganjil"...

cintamu kepada manusia mencerminkan cintamu kepada Allah.. cintamu kepada semesta, mencerminkan bagaimana kau mengasihi bukti nyata adanya Allah


Friday, April 15, 2011

Kenapa Abg Cintakan Syg ek???

Assalam semua..sudah lama xupdate blog nie..sowi yerbz ngn final projek lg xde mood trs nak on9 pas kes pncuri msk umh ari 2..xtaw la npe..pe2 pon jom lyn cte nie..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..



Tuesday, April 12, 2011

Hargailah cinta


Assalam semua..ari nie kita brceta psl cinta okeh..maaf la lau korang xsuka..cinta pnh ngn suka n duka..suka 2 la yg semua nak..duka xda spa2 yg nak..kisah cinta den?hmm cm mna nak ckp ek..?smuanyer xbst lngsng..1st brcinta cm excited la konon2 xpnh brcinta..last2 ptus cm 2 jd xrsa pa2 pon..felik lau owng ptus cinta nangis2..kali ke-2,nie pedih la ckit..ditipu idop2..but den bijak la gak siasat ble dh ragu2..dan seterusnya brkwn jer la..ble ptus xnak brmasam2 muka..semua yg lps2 masih baek ngn den..de la msj tnya khabar jer okeh!! xlebih dr 2..ssh kn mudah jth cinta n mudah gak la kecewa..never mind..2 msa zmn bdk2 lg..pikiran xmatang g..but now rasanya xde owng laen dh kot..dh jmpa apa 2 cinta,dh rsa suka n duka cinta,cukup la kot..dia mngkin bukan yg pertama hrp2 dia la yg trakhir..suka sngt ayat kt bwh nie..jgn baca cm 2 ja..awk baca ngn mata ati okeh!!syg sya cinta sya hnya pd awk..awk kata-lau de jdoh xke mana kn..?sya pon brpegang prinsip 2..semua dh ditentukan oleh Allah S.W.T..Dia taw apa yg trbaik utk kita..lau kita mmg xda jdoh mngkin sya bkn pmpuan yg trbaik utk awk..dan awk bukan la yg trbaik utk saya..pnh terbaca sa2 ayat nie..dh lupa kt mna..Ya Allah kalau dia trcipta utkku..Kau dekatkan lah..Jika tidak bawa la dia jauh dariku..okeh2 la rasanya dh bnyk membebel nie..meh kita sama2 baca ayat kt bwh nie..hrp awk pon baca gak..sya hrp awk pon baca yer..saya taw awk pnh baca blog saya jgk..tq pada spa2 yg sudi baca yer..SALAM SAYANG dr MISS YAYA…---SYG KORANG SEMUA—LOVE NEVER END—
p/s: Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...



Saturday, April 9, 2011

Resepi Kasih Ibu

Assalam semua..selamat pagi..2-3 ari nie gila cari resepi yg trbaru nak cuba cuti 6t..den tertarik ngn sa2 resepi nie..korang baca la..

250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat
1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

Friday, April 8, 2011

Malaikat Izrail berziarah setiap 21 minit

Assalam semua..sowi lama xupdate blog nie..agak bz ngn final report..ari khmis ari 2 de perompak msk umh lak..sngt tkot okeh!!ble g wat ubt ustaz 2 ckp de owng dlm umh 2 gak yg pnya kje..smpai saat nie sngt risau..ble la nak bis pratikal nie nak blik umh xsnggup suda dok lama2 kt cnie..wahai pncuri insaf la kamoo..baca bnda nie..;)den pon gerun baca nie..(ha2 ingt dyh nak ckp gerun p ckp gurun)
Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit
Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?


Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, 'Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:
' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minitINI

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

~~Meremang bulu roma bila baca ni. (T____T). Ya Allah, Jgnlah Engkau masukkan kami dalam golongan orang yg lalai

Tuesday, April 5, 2011

Surat Dr Bapa kpd BF Anak Gadisnya

Assalam semua..selamat tghari..ari kite baca psl story nie yer..bst gak..surat dr bapak prmpuan pd bf anaknyer..layan..;)

Kepada Boyfriend anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”


Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian.

Yg ditakuti,

Bapak Kepada Gf ko

Seperti Yang Kau Pinta

Assalam semua..selamat tghari..skrng dh jarang nak update entry baru..kt office xde line..bos xbyr kot..he2..lau blik petang2 2 mmg dh jd pemalas..so,meh la layan cte kt bwh nie..wahai2 para lelaki brsyukur la anda dilahirkan sbgai lelaki..;)

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.

Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? …Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !~~~~~ ‘

Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…

p/s: Hargailah apa yang diberikan oleh tuhan kita………

Monday, April 4, 2011

MADAH PUJANGGA

Assalam semua..selamat malam..mlm2 buta den nak jiwang2 karat jer ngn madah berhelah nie..lau korang xsuka baca or nak muntah baca or etc..xpayah baca..den xpaksa pon yer..pa spe2 yg membaca nie tqvm..;)syg korang..
“Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama”
Jika rasa mula dr telinga maka jgn la dngr kata2 manis..ianya akn brtukaq mnjadi racun yg berbisa..hari2 yg penuh kedukaan dan kelukaan..berubah la demi masa depan..jgn lemah..xguna mngharapkan pd yg pasti..pandangan ke dpn ja..mulakan hidup baru dgn ceria..jgn sesekali berpaling..anggap semua 2 kenangan masa silam yg xperlu diingat lg..pngalaman akan menjadikan kita lebih berhati2..jgn mudah trpedaya..menutup mata dpt menghilangkan cinta perlu..biar la ia bertukar mnjadi titisan2 air mata..air mata kedukaan,kegembiraan dan kepuasan mnjadi satu..angin bayu bwakkn ia pergi dr sisiku..andai ini cinta terakhir..biar la ia bersemadi brsama jasad..moga2 semua berbahagia selalu hendaknya..Amin..
Aku hanya wanita biasa..ingin mencintai dan dicintai oleh owng yg trsyg..kenapakah?mengapakah?semua menjadi begini..apalah salahku hingga jd begini..aku insan yg lemah xberdaya menanggung semua ini..

Sunday, April 3, 2011

cerpen:Andai Ku Tahu....

Andai Ku Tahu....fuh tajuk rasanya cm dh taw ceta nie cm mna..sngt sedih okeh! meh la kita layan sama2..;(

Harriz.
Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, Harriz tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidak seperti Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain.

Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa?.....Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri.

"Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati.

"Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak......"

Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai Harriz. Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung pengajian di London. Izham bijak memainkan kata-katanya dengan rupa parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Izham , seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana.

Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka. Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Izham.

Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Harriz bermula. Aku telah dijodohkan dengan Harriz oleh ayahku. Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkan Harriz hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah, Harriz mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan Harriz sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Harriz andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Harriz memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu. Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku. Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri.

Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui. Aku bencikan Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.

"Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita."

Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Harriz memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Harriz dan cuba berlagak serius.

"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya.

"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt Hamdi..." Ungkapan pertama keluar dari mulut Harriz. Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh...Lelaki, semuanya sama...

"Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.

"Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini." Harriz tersenyum lagi.

Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu. Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.

"Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya. "Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya. Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!..... Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.

"Assalamualaikum...." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini. Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz. Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh....makin difikir, makin pening aku dibuatnya.

***********************************************************

Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu. Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah. Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Harriz benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.

"Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak."

Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Harriz semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Harriz cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya.

"Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!!

"Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani. Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat. Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba.

"Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Harriz. "Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa Harriz lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu di bilik." Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku. Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak. Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangi dan menyintai aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yang tinggal di sini. Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta Harriz akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan. Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang...

Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang

"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi Harriz. "Saya tunggu awak...." "Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?" "Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni." Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak. Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah. "Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang." Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.." "Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Harriz terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan.

Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia. Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz. "Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah..." Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti. "Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras. "Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat," Harriz mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku...?

Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami. Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Harriz bijak memainkan peranannya sebagi suami.

"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng. "Ain...Ain... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak.. "Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz menyampuk. Aku menjeling pada Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.
"Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi. "Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah."

Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik. Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku. "Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik." "Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz." Berbakul-bakul ibu membela Harriz. Eeeee....bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala. Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api. "Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Harriz akan membantu aku. "Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong aku. Lega rasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz. "Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.

***********************************************************

Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan Harriz. Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku. Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti. Ini semuanya berpunca daripada Harriz. Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku.

Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku. Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan Izham? Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Hariz sehingga aku mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja. Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh...Terlalu sukar hidup ini.

"Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik.." Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu. Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat. "Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara. Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Harriz terus mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.

"Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara. "Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang." Harriz....Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan Harriz. Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya selama ini. Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan. Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz.

Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi. Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?

"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya." Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu. Harriz, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.

"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget. "Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." Harriz sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.

"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak memainkan aku? "Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya." Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan sebentar tadi?

"Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya jadi pelayan bar di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa. Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak." Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku terdiam.

Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan menemukan aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandai menyimpan rahsia. "Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya. "Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya." Harriz tertunduk menahan sebak di dada. "Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat....

" Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia cuba maksudkan? Hariz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan. "Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini." Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya.

Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah. "Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak.

Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih mengenali awak. "Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi.... Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.

Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu...Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu. Terlalu cepat Harriz meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk berhadapan dengan aku. Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang. Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya....

"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002"
-HARRIZ BIN HASHIM-

Dia benar-benar melakukannya...Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang. Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut? Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak m ahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya...

**********************************************************

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz. Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku. Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku.

Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya? Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Harriz.

Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu. Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu. Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu.

Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya. Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz.....

Di mana kau sekarang... Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah. Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang.

Begitulah kata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk. Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengar berita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz...Ya Tuhan, selamatkan Harriz. Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah limpahan rahmat kurniamu... Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimana keadaan Harriz sekarang?

Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju. Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin sekarang Harriz amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh Harriz. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup. Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini. Harriz...Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila...

"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain....." Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk. Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Harriz. "Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain..." Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri.

Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik. Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya. Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri. Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!..

Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon padamu Harriz... Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan. Sesungguhnya...syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah dan senang...

Permata hati buat isteri yang disayangi Nurul Ain Bt Hamdi... Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas.... Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya... Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak... Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai awak dengan setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa... Namun, pemergian saya tak dirancang... Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak...
-HARRIZ BIN HASHIM- 01 JANUARI 2003

p/s: cintailah org yang menyintai kita setulus hati. Dicintai lebih baik dari menyintai



Friday, April 1, 2011

Ibu PEMBOHONG!

Assalam semua..selamat pagi semua..ops.ari bgn agak lewat ar..coz ari nie den cuti..xtaw npe bos baik ati bg cuti ari nie..npe la xgtw awl2..lau xden leh blik umh..pe2 pon okeh la..dh lama xrasa nikmat cuti sab2..meh layan kisah nie..sngt sedih okeh2..sob2..sob..i love my mom..
Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu mcatatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagaiseorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sbgai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untuk memancing d tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya makan gulai ikan itu,ibu duduk disamping kami dan memakan sisa ikan yg saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu begitu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu.tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata; "Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi kekedai dgn membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan adik. Suatu dinihari, lebih kurang pukul 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat ibu tersengguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; "Ibu tidurlah,esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." –PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Dihujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, Ibu terus bersabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa agar saya lulus peperiksaan ini dgn cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan peperiksaan sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yg sudah siap dalam botol yg dibawa. Kopi kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu dibasahi keringat saya segra memberikan cawan saya untuk ibu dan menyuruh ibu minum. Tapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata:"Minumlah nak, ibu tak haus" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulansaya dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.tapi apalah kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yng semakin parah, seorang pakcik yg baik hati dan tinggal berjiran dgn kami datang untuk membantu ibu. Anehnya ibu menolak bantuan itu. Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yg akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yg memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta,saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA


Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudah tua. Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Abang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah2,ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dgn cemerlang kemudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayai pengajian saya. Dgn gaji yg agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dgn penderitaan. Eloklah kalau hari2 tuanya ini ibu habis dgn keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yg baik hati meolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dgn berkata: "Tak payahlah nak,ibu tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yg ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dgn penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yg menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dgn jelas betapa penyakit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya. Disaat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat ibu dalam keadaan begitu. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:"Jangan menangis nak,ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya buat selama-lamanya. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata, "Ibu, saya sayangkan ibu.". Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yg amat sangat biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata2 itu ke telinganya sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu, maafkan anak mu ini. SAYA SAYANG IBU....

p/s: Cerita yang agak sedey. Saya SAYANGKAN ibu. X sabar untuk habiskan belajar, dapatkan kerja yang terbaek, nak jaga Ibu dan Abah. Dio
Ibu PEMBOHONG!
Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu mcatatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagaiseorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sbgai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untuk memancing d tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya makan gulai ikan itu,ibu duduk disamping kami dan memakan sisa ikan yg saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu begitu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu.tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata; "Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi kekedai dgn membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan adik. Suatu dinihari, lebih kurang pukul 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat ibu tersengguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; "Ibu tidurlah,esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." –PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Dihujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, Ibu terus bersabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa agar saya lulus peperiksaan ini dgn cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan peperiksaan sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yg sudah siap dalam botol yg dibawa. Kopi kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu dibasahi keringat saya segra memberikan cawan saya untuk ibu dan menyuruh ibu minum. Tapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata:"Minumlah nak, ibu tak haus" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulansaya dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.tapi apalah kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yng semakin parah, seorang pakcik yg baik hati dan tinggal berjiran dgn kami datang untuk membantu ibu. Anehnya ibu menolak bantuan itu. Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yg akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yg memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta,saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA


Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudah tua. Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Abang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah2,ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dgn cemerlang kemudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayai pengajian saya. Dgn gaji yg agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dgn penderitaan. Eloklah kalau hari2 tuanya ini ibu habis dgn keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yg baik hati meolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dgn berkata: "Tak payahlah nak,ibu tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yg ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dgn penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yg menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dgn jelas betapa penyakit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya. Disaat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat ibu dalam keadaan begitu. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:"Jangan menangis nak,ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya buat selama-lamanya. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata, "Ibu, saya sayangkan ibu.". Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yg amat sangat biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata2 itu ke telinganya sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu, maafkan anak mu ini. SAYA SAYANG IBU....

p/s: Cerita yang agak sedey. Saya SAYANGKAN mak saya. X sabar untuk habiskan belajar, dapatkan kerja yang terbaik..nak jaga dia lak..;)

April Fool:WAJIB ANDA TAHU

April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas dibunuhnya ribuan umat Islam Spanyol oleh tentara salib yang dilakukan lewat cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Mop dengan cara melegalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau keisengan belaka.

Perayaan April fool berawal dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan? April Mop, atau The April's Fool Day, berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa pegunungan. Islam telah menerangi Spanyol.

Karena sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan saja beragama Islam, namun sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Tidak saja membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam Spanyol.

Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan pertama-tama melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan salib. Penyerangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu-persatu daerah di Spanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara salib mengetahui bahwa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Muslim diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Spanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakari rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya bisa terpana ketika tentara salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang para tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membantai umat Islam Spanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi umat kristiani, April Mop merupakan hari kemenangan atas dibunuhnya ribuan umat Islam Spanyol oleh tentara salib lewat cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Mop dengan cara melegalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekedar hiburan atau keisengan belaka.

Bagi umat Islam, April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya se-iman disembelih dan dibantai oleh tentara salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas juga ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, 5 abad silam.

Jadi, perhatikan sekeliling Anda, anak Anda, atau Anda sendiri,
supaya tidak terperangkap dengan perangkap yahudi.................