TeMaNKu

Tuesday, April 19, 2011

Bongkar Rahsia Tidur

Assalam semua..selamat pg..ari nie n3 den psl tido..xtaw pasai pa skrng tido msty trjaga pg2..sejak kes ari 2 la..lau dh jaga ssh tol nak tido blik..dok la sowng tgk kiri ngn kanan..den ska tgk cra raron tido ngn gaya dia trsendiri...ha2..owng kaya la konon..ops!! sejak 2 menjak nie den pon dh trikot cara dia..Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yg tersendiri. Berikut rahsia disebalik cara tidur manusia. Allahualam.p/s:jgn caya sngt dong!!sekadar bacaan sampingan jer yer..tq pd spe2 yg sudi mmbaca coretanku ini..



1.Tidur telentang dgn kedua2 telapak tangan diletakkn di blkng kepala

Kamu adalah individu yg sngt pintar dan sentiasa bersemangat utk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yg bernas dan unik yg mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dlm hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar utk bercinta mungkin disebabkan dirimu yg agak memilih.


2.Selubung seluruh badan dgn selimut

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan org ramai namun hakikatnya jauh di dlm diri kamu itu, kamu adalah individu yg pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dgn sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan org lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dlm tidurmu.


3.Tidur dgn kedua2 tangan diletakkan di belakang kpd dan kaki bersilang

Sesiapa yg tidur dgn gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkn perasaannya sendiri dan sukar utk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yg ada dlm diri kamu mmg dipuji.


4.Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa krna masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bg utk memberi cinta kpd pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dlm hidupmu.


5.Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6.Tidur mengiring dgn salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yg cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah utk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yg sukar sebaliknya kamu harus belaja utk lebih bertenang.


7.Tidur mengiring dgn beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8.Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yg yakin pada diri sendiri. Kamu akan melihat kejayaan dlm setiap perkara yg kamu lakukan. Kamu akan berusaha utk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yg tidur mengiring pd arah kanannya dgn meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yg cerah.


9.Tidur telentang dgn tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yg sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dam kategori pemboros namun kamu beruntung kana pendapatan yg kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dlm diri kamu… jadi, siapa pula yg kamu maksudkan dlm cerita rekaan mu baru-baru ini?


10.Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dgn gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yg berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain utk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yg lalai dan tidak teratur!


No comments:

Post a Comment

awek cun @ ensem boy kata..: