TeMaNKu

Friday, August 26, 2011

MEE BANDUNG PUNYA CERITA


salam 1MALAYSIA..ari meh kita lyn ceta bst nie..



selepas beberapa bln shaari mengadakan hubungan sulit dgn org gajinya,ratna didapati hamil.shaari tidak mahu rumah tangganya hancur.dia mengambil keputusan menghantar ratna balik ke indonesia utk melahirkan ank mereka.
shaari berjanji akan menggung segala kos utk ank tersebut sehinggalah berusia 18thn..
supaya rahsia mereka tidak terbongkar,shaari menyuruh ratna menghantar sekeping poskad menulis perkataan:"MEE BANDUNG" setelah bayi mereka lahir nanti..
poskad itu bagi memaklumkan shaari supaya menghantar segala urusan perbelanjaaan utk anknya.
suatu hari,setelah 9bln berlalu semasa shaari pulang dr kerja,isterinya salina menegur dgn muka mencuka."Bang"..abg dpt poskad peliklah hari ni",beritahusalina berkerut-kerut..
"Oh,tak pe...bg poskad tu kat abg.nanti abg check dulu,apa ke bnda yg pelik tu!"kata shaari.
salina pun memberi poskad itu terus kpd suaminya.shaari terus membaca poskad tersebut.serta-merta wajahnya bertukar menjadi biru,ungu dan terus pengsan.
poskad itu berbunyi:
MEE BANDUNG!!MEE BANDUNG!!MEE BANDUNG!!MEE BANDUNG!!-2 ADA TELUR,2 TIADA TELUR.
TOLONG HANTARKAN KUAH LEBIH YER..

Wednesday, August 24, 2011

Khasiat Betik



Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L
sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.

Khasiat Betik

* Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
* Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
* Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
* Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
* Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A.
*Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan
*Betik dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
*Betik dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti menyembuhkan luka, menghilangkan enfeksi dan juga menghilangkan alergik.

~ Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut.
~ Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
~ Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
~ Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.
~ Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.

Monday, August 22, 2011

PETUA ORANG DULU-DULU

salam sayang buat semua..n3 kali nie meh kita brkongsi petua2 owng dulu2..bnyk brgna pd kita owng muda..Insyaallah bnyk yg brkesan dan bole digna pkai pd era serba maju nie...selamat mencuba petua orang tua2 ini...

MENGHILANGKAN PIJAR TANGAN
Ada diantara kita mudah merasa pijar pada tangan apabila kita memegang cili. Dulu tangan aku begitu sensitif pada cili....kalau makan makanan yang pedas2 pun tangan aku boleh pijar. Untuk menghilangkan rasa pijar tersebut gosokkan tangan dengan garam selama 1-2 minit. Gosoklah di sekeliling jari jemari. Kemudian bilaslah dengan air...Insyaallah rasa pijar akan hilang.

JIKA MATA TERPERCIK AIR CILI
Ada diantara kita amat menggemari sambal belacan. Dan tidak boleh dinafikan sambal belacan yang di tumbuk memang lebih enak. Sekiranya ketika sedang menumbuk cili ...air cili tersebut terpercik ke dalam mata...pergilah ke bilik air dan cuci ibu jari kaki. Sekiranya mata kanan yang kene...maka cuci lah ibu jari kaki kiri...dan jika mata kiri pula cucilah ibu jari kaki kanan. Ada juga orang menyarankan kita mengambil sedikit garam dan masukkan ke dalam mulut.

MENGHILANGKAN PIJAR TANGAN
Ada diantara kita mudah merasa pijar pada tangan apabila kita memegang cili. Dulu tangan aku begitu sensitif pada cili....kalau makan makanan yang pedas2 pun tangan aku boleh pijar. Untuk menghilangkan rasa pijar tersebut gosokkan tangan dengan garam selama 1-2 minit. Gosoklah di sekeliling jari jemari. Kemudian bilaslah dengan air...Insyaallah rasa pijar akan hilang.

JIKA MATA TERPERCIK AIR CILI
Ada diantara kita amat menggemari sambal belacan. Dan tidak boleh dinafikan sambal belacan yang di tumbuk memang lebih enak. Sekiranya ketika sedang menumbuk cili ...air cili tersebut terpercik ke dalam mata...pergilah ke bilik air dan cuci ibu jari kaki. Sekiranya mata kanan yang kene...maka cuci lah ibu jari kaki kiri...dan jika mata kiri pula cucilah ibu jari kaki kanan. Ada juga orang menyarankan kita mengambil sedikit garam dan masukkan ke dalam mulut.

ELAK KAKI MELECET
Untuk mengelakkan kaki dibahagian belakang yang selalu melecet bila memakai kasut baru....gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum pertama kali dipakai. Selamat mencuba...

ELAK KAKI MELECET
Untuk mengelakkan kaki dibahagian belakang yang selalu melecet bila memakai kasut baru....gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum pertama kali dipakai. Selamat mencuba...

Saturday, August 20, 2011

Nak KFC Free!!!..JOM join ngn sya..;)Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!

Nak KFC Free!!!..JOM join ngn sya..;)Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!

Info Tentang Kedudukan Jerawat



DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.


Friday, August 19, 2011

KIWI KAYA KHASIAT





Buah kiwi merupakan buah mengandungi banyak khasiat. Ia mengandundi sumber yang paling mewah dengan vitamin E yang jarang boleh didapati daripada lain-lain jenis buah-buahan. Kandungan vitamin E di di dalamnya 2 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan buah avocado.

Vitamin E penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Sebiji buah kiwi juga mengandungi 17 kali lebih banyak Vitamin C berbanding epal, 2 kali lebih banyak dari oren dan lemon.

Vitamin C membantu mengelakkan batuk dan selsema serta meredakan ketegangan. Selain dari pada itu kiwi juga mengandungi magnesum, kalsium dan fosforas. Ia juga sumber serat yang terbaik.

Thursday, August 18, 2011

Punca Jerawat



Punca Jerawat
Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia disebabkan oleh perubahan hormon seks. Jerawat biasanya hilang bila dewasa. Jerawat boleh diminimakan dan parutnya boleh dikurangkan dengan penjagaan kulit yang rapi.

Jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak). Bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Bila penyumbatan sebum itu terdapat dibawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.


Punca-punca
• Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
• Turun -temurun
• Stres
• Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
• Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
• Makanan - Walaupun tiada bukti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan makanan-makanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati bahawa makanan-makanan tertentu boleh mengakibatkan jerawat. Elakkan makanan yang anda dapati boleh menyebabkan jerawat.

Peranan Anda
• Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
• Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
• Basuh rambut anda lebih kerap.
• Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
• Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
• Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
• Bersenam selalu.
• Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
• Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
• Elakkan penggunaan minyak rambut.
• Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
• Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.

Peranan Doktor Anda
• Mensyorkan ubat anti jerawat yang bersesuaian.
• Mempreskripsi antibiotik, jika didapati perlu.
• Mempreskripsi tablet Vitamin B kompleks.
• Mengelakkan pemarutan, jika boleh.
• Mengelakkan timbulnya jerawat-jerawat yang baru
• Merawat kelemumur pada kulit kepala.

Untuk mengelak dari terjadinya parut, jerawat tidak harus disentuh atau dipicit. Kulit haruslah dipelihara supaya sentiasa bersih, senam selalu dan rehat secukupnya.





KhaSiat Buah Tembikai



1. Menyembuhkan sakit kepala.
2. Menyembuhkan penyakit paru-paru.
3. Menyembuhkan masalah kulit.
4. Memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
5. Membantu melancarkan pengaliran darah.
6. Minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi.
7. Sebagai pewangi.
8. Pembersih pundi kencing.
9. Menambah air tulang belakang.
10. Menghindarkan sejuk.
11. Membersih kulit.
12. Merawat masalah ginjal.

Wednesday, August 17, 2011

Cinta Itu Buta?



Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.

Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti
habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan." Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,
kamu usapkan sudu ini di
ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan
menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini....... boleh saya jumpa dia"

Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa..........

Sunday, August 14, 2011

RENUNGAN BERSAMA


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


FAKTA BUKAN AUTA

MADAH PUJANGGA 2

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita. Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah. Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya. Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.M

Thursday, August 4, 2011

HATI2 GUNA CYBER CAFE !!



EHSAN AAKJ : HATI2 GUNA CYBER CAFE !!

Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..

sumber : wikipedia
By: Razyp Asar

MOoD SuDa Lari

As salam..sowi dh lma x update n3..den bz sesngt2 xsmpt lorh..lau bka pon on9 fb je 2 pon xsmpai 10 minit..lau de time 6t den nk brkongsi resepi trbaru dr chef yaya..hahaha..xbole belah blaja psai cmptr tp felik nya nk ke arah mskkan ala2 chef gi2..sabo je la..:)