TeMaNKu

Thursday, August 18, 2011

Punca Jerawat



Punca Jerawat
Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia disebabkan oleh perubahan hormon seks. Jerawat biasanya hilang bila dewasa. Jerawat boleh diminimakan dan parutnya boleh dikurangkan dengan penjagaan kulit yang rapi.

Jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak). Bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Bila penyumbatan sebum itu terdapat dibawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.


Punca-punca
• Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
• Turun -temurun
• Stres
• Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
• Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
• Makanan - Walaupun tiada bukti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan makanan-makanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati bahawa makanan-makanan tertentu boleh mengakibatkan jerawat. Elakkan makanan yang anda dapati boleh menyebabkan jerawat.

Peranan Anda
• Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
• Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
• Basuh rambut anda lebih kerap.
• Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
• Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
• Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
• Bersenam selalu.
• Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
• Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
• Elakkan penggunaan minyak rambut.
• Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
• Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.

Peranan Doktor Anda
• Mensyorkan ubat anti jerawat yang bersesuaian.
• Mempreskripsi antibiotik, jika didapati perlu.
• Mempreskripsi tablet Vitamin B kompleks.
• Mengelakkan pemarutan, jika boleh.
• Mengelakkan timbulnya jerawat-jerawat yang baru
• Merawat kelemumur pada kulit kepala.

Untuk mengelak dari terjadinya parut, jerawat tidak harus disentuh atau dipicit. Kulit haruslah dipelihara supaya sentiasa bersih, senam selalu dan rehat secukupnya.





No comments:

Post a Comment

awek cun @ ensem boy kata..: