Sunday, February 20, 2011
10 Kunci Hati Si Dia
Salam semua,selamat pg..bru pas wat kje..curi2 msa nk tulis something kt cni..ari nie entry den psl kunci hati..pe yer..?lau nk taw kkne la bca..tq coz sudi layan blog den yg xsebrpe nie..syg korang..;)entry kali khas wat para jejak yg xwat cm mna nk memenangi Hati Gadis yang DiCintai.Meh kita bongkarkn sma2 pa yg perlu dibuat bg memikat n menawan ati gadis pujaan anda.;)
1-KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI.
Kebanyakan gadis memang suka berterus terang.Dari memendam perasaan,baik Si Dia berkata apa yang terbuku di hati.si berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walau pun ada kalanya agak menyakitkan bagi yang mendengar.Jadi, dengarlah dgn teliti dan renunglah matanya.Pasti Dia akan gembira kerana kamu mengambil perhatian atas pa yg dikatakannya itu.
2-MENGAMBIL BERAT TENTANG SI DIA.
Sebagai seorg lelaki,ada masanya anda kne menyakinkan Si Dia yg kamu ambil berat terhadapnya.Kata2 juga memainkan peranan penting.Jika anda harus berterus terang,haruslah sejujur dan seikhlasnya.Bukan setakat mengambil berat tentang kesihatan saja,malah anda juga harus peka dengan Perasaan dan emosinya.
3-HARGAILAH PERASAAN SI DIA.
Bagi seorg gadis,perasaan sngt penting bg dirinya.Jadi tidak hairanlah sekiranya Si Dia sering bertindak mengikut perasaan dan kata hatinya. Jgn sesekali kata yg Si Dia selalu sngt mengikut perasaan tanpa berfikir.Ia akan membuatkn Si Dia terluka oleh sikap anda itu.Sebaliknya anda harus membimbingnya cara utk mengatasi perasaan dgn cara berfikir dahulu sblum bertindak.Si Dia akan berasa terharu krn anda dpt menerima perasan yg dialaminya.
4-SI DIA INGIN DI HORMATI.
Siapa kata Gadis yang lemah lembut xperlu di hormati???
Anda harus menghormati dirinya sebagaimana anda mahu dihormati.Bagaimana mahu menghormati Si Dia?Kamu seharusnya mengakui kebolehan,kehebatan,dan keistimewaan yg terdapat dlm diri Si Dia. Anda jgn sesekali memperkecilkan keupayaan,memandang rendah terhadap si dia.Sebaliknya,anda memberi sokongn terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.
5-SUKA DIBELAI DAN DIMANJA.
Sudah sikap semulajadi seorg gadis yg suka dimanja dan di belai.Jadi tidak salah seandainya anda manjakn Si Dia,tanda Sayang dan Cinta kamu terhadapnya.Anda juga leh melakukan kejutan sprti menghantar SMS mangatakan anda amt Mencintainya,membelikan Bunga,hadiah@ mengirimkan kad ucapan pada bila2 masa. Mungkin juga kamu boleh menggenggam jarinya di saat berjln seiringan dgnnya.Ops!jgn sampai terjadi perkara2 yg diluar batasan sudahlah yer.
6-PUJI-PUJIAN.
Kebnykn gadis berasa risau andai penampilan mereka x kemas dan paras rupa mereka kurang menarik.Jika penampilan Si Dia menarik,lemparkan kata2 pujian agar si Dia terasa dihargai.Tapi,jgn sesekali anda memberikan kritikan yg blh mengguris perasaannya.
7-UCAPKANLAH CINTA.
Jika anda tkot tok mengucapkan kalimah Cinta secara lisan,mungkin anda jga leh menggunakan cara lain.Cthnya,luahkan perasaan anda melalui puisi ataupun lagu yg mengandungi kata2 indah penuh bermakna.Andai anda benar2 Mencintainya,anda seharusnya segan silu utk melafazkannya krn pasti ia amat menghargainya.Yakinkan diri anda utk berani berhadapan dgnnya,meluahkan rasa Cinta anda yg utuh dgn sejujurnya.
8-TIDAK MERIMASKAN.
Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mndpt seorg Kekasih yang turut menjadi perhatian orang lain atau suka membangga diri.Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan kamu itu.Seeloknya kamu bersikap sederhana dan merendah diri.Jika anda ingin mengetahui si dia rimas dgn sikap anda ya atau tidak,perhatikan gerak gerinya.
9-FAHAMI EMOSI SI DIA.
Perempuan mmg kaya dgn emosi.Oleh itu,anda mesti memahami emosinya.Kaum perempuan juga mudah mngalirkan air mata,tanda sedih @ gembira.Jiwanya juga mudah terusik walaupun hanya krn bnda kecik dan remeh temeh.
10-RASA SELAMAT.
Sebgi lelaki,anda dianggap pelindung n hero pd si dia,maks,anda kne bersikap begi2 terutamanya bila si amat memerlukan kamu.dia akan rasa lebih selamat andai anda berada di sisinyaTerutamanya di saat gentir.Tetapi,pastikan anda x ambik kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaannya terhadap anda.Anda jgk perlu bersikap lebih bertanggungjawab agar si dia mempercayai dan menghargai anda sbagai perlindungnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice2..(>.<)
ReplyDeletetq..;)
ReplyDeletetips yang baik. ;)
ReplyDeletetq coz sudi bca blog den yg xsbrpe nie.
ReplyDeletebdk bru blaja..;)