TeMaNKu

Monday, February 28, 2011

1ooo Burung Kertas

Salam semua..selamat pagi...awl2 pg den dh sedih...knpe yer..?dh trbaca cita nie..den nk kongsi ngn korang..sob2..sob2..meh kita layan sma2..

Sewaktu Ammar dan Hani di awal alam percintaan, ammar melipat 1000 burung kertas buat Hani dan menggantungkannya di dalam bilik Hani.Ammar mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.Hani dan Ammar berasakan setiap detikpercintaan mereka begitu indahsekali.Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Hani mulai menjauhi ammar. memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.Sewaktu Hani mahu memutuskan hubungannya dengan Ammar, Hani memberitahu Ammar, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku
tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”Setelah Hani pergi ke Perancis, Ammar bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Ammar melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yg cekal.
Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Ammar berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat padaHani.Ammar masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak dihatinya.Di suatu hari, waktu hujan turun, Ammar dari keretanyanya melihat
sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Hani !Hati Ammar berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Ammar ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya.Ammar memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah krn hujan.Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Ammar tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Ammar mengikuti orang tua Hani. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.Ammar melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Hani yang dirinduinya.Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Ammar, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.Orang tua Hani memandang Ammar lalu memberitahu, “Haani tidak pergi ke Paris, Hani diserang barah. Hani telah pergi ke syurga. Hani ingin
Ammar menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Hani terpaksa berbohong kepada Ammar dahulu. Hani ada menyatakan yang dia sangat menyintai Ammar, dia percaya kalau Ammar berusaha, pasti akan berjaya. Hani turut mengatakan, jika suatu hari nanti Ammar datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Ammar
membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “Ammar lalu berlutut, berlutut di depan kubur Hani, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Ammar. Ammar teringat senyuman Hani yang begitu manis dan tulus.Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.Sewaktu orang tua Hani melangkah pulang dari tanah perkuburan,
mereka melihat Ammar sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.
Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.

No comments:

Post a Comment

awek cun @ ensem boy kata..: