TeMaNKu

Sunday, March 13, 2011

7 Jenis Cinta Yang Dikejar

Entry kali ni ada jiwanglah sikit. So, janganlah membosankan diri anda membacanya ye. Entry ni den buat just buat sang pencinta. Sama ada pencinta wanita or lelaki.meh kita layan lagu amy mastura psl cinta..;)

Amy Mastura - Cinta
Jika ditanya tentang cinta
Macam macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan
Hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang esa

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerna cinta
Kerana cinta bahagia


Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya
Alangkah indah kita dicinta
Kerna hidup kita lebih bahagia



Cinta ni bolehlah dikategorikan pada 7 jenis cinta. Dalam ketujuh jenis cinta ini, rasa2nya anda dalam kategori mana satu? Kalau boleh nak cinta pertamakan, namun harus ingat tak semua cinta pertama bertahan lama. Tengoklah juga sama ada jodoh kita kuat, barulah cinta pertama sampai ke jinjing pelamin. Kalau tak, hanyut ke tengah lautan. Tapi jangan risau, ada cinta lain masih menanti anda. Walaupun taklah sama seperti cinta pertama.

Oklah...tak usah bebel panjang, sini diperturunkan 7 jenis cinta yang dikejar sang pencinta seperti anda:


1. CINTA PERTAMA

Kadang-kadang boleh berubah seiring dengan waktu. SO, pandai2lah bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..btl x..?


2. CINTA PEMBIMBING

Hmm..yang ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi ‘guru’, seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat @ diri kita.

3. CINTA MENGGODA

Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.


4. CINTA BERBEZA STATUS

Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yang terlalu jauh kadangkala boleh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…macam kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…


5. CINTA 3 SEGI

Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yang dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT

Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya.. so, berikanlah cinta yang tulus kepadanya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA

Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita untik mendapatkan cinta yang kita inginkan…

Saturday, March 12, 2011

KERAK NASI UNTUK IBU

Assalam..mlm sya nk share entry nie ngn korang..sngt sedih sya mmbacanyer..;(
HARI INI BUKAN HARI IBU.. BUKAN JUGA HARI RAYA.. NAMUN CERITA INI MAMPU MERUNTUN JIWA AKU.. AKU AMBIL DARI SEBUAH BLOG YANG AKU ANGGAP SEBAGAI SIFU AKU... (SILA RUNTUHKAN EGO KITA SEBELUM MEMBACANYA



Walaupun sudah dibaca berulang kali namun tidak terasa jemu bila terkenangkan kasih serta pengorbanan seorang ibu... pada mereka yg bertitle ibu, is it true?Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang .orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...


Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati....Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu jugajawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diabetisnya" .


Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.AMIN...


Thursday, March 10, 2011

MakNa HaDiah Dr Si Dia

AsSalam semua..selamat tghari..ari nie sya nk brkongsi psl mkna hadiah dr si dia..all gurlz plz attention..setiap pemberiannya de mkna yg trsurat yg xpnah kita taw kdng2..
tp ianya amat brmkna buat kita..senyum smpai telinga beli dpt hadiah..hehehe..i like..;)de spa2 nk bg sya hadiah x..?

JAM TANGAN
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG
Tanda mesra

RANTAI LEHER
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA
Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKLAT
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN(nie la yg ppling trbaek)
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.



Wednesday, March 9, 2011

Rahsia PerSonaliti

Assalam semua,meh la join den..kita bca personaliti owng..hahaha..bynk yg btl la..ble den wat utk kwn2..De la yg btl..Bukan mudah kita nak kenali personaliti seseorang tu.Kadangkala orang boleh hipokrit dari segi luarannya kan ?.Jom kita sama-sama menyelidik personaliti seseorang menerusi satu amalan orang Jepun pula yang dikenali sebagai ‘Meisu’ yang bermaksud angka kehidupan! Meh la!!!
Senang sahaja. Lebih kurang sama dengan cara kita mengenali personaliti menerusi abjad nama kita. Kamu perlu jumlahkan angka tahun, bulan, dan hari kelahiran kamu. Setelah itu, jumlahnya perlu dijadikan antara angka 1 hingga 9. Tapi ingat, jika nombor itu 10 anggap ia sebagai no 1.



Contoh:

24hb Februari 1975:= 2 + 4 + 2 + 1 + 9 + 7 + 5
= 30
= 3 + 0
= 3

BERMAKNA KAMU HARUS MERUJUK ANGKA KEHIDUPAN NO. 3 SELAMAT MENCUBA!!

ANGKA KEHIDUPAN 1
*Kamu seorang yang tidak suka terikat dengan sebarang komitmen yang membuatkan kamu rasa tertekan dan terkongkong. Kamu juga tidak suka bergantung kepada orang lain dan yakin dengan kebolehan diri sendiri selain memiliki prinsip diri yang tinggi. Sifat ramah membuatkan kamu mudah meraih ramai kenalan tapi seringkali juga kamu kehilangan mereka dek kerana sikap kamu yang suka mangongkong.

-Kelemahan diri:
Wah! Rupanya kamu ini seorang yang suka mengawal orang lain. Tak elok tu. Sifat kamu yang ‘terlalu prihatin’ kadangkala merimaskan bahkan seolah-olah ‘mak cik senduk’ pula. Sifat kamu yang suka mengkritik orang lain membuatkan kamu menyakiti atau mengecilkan hati orang lain tanpa kamu sendiri sedari. Selain itu, kamu juga terlalu bangga dengan kelebihan diri sendiri sehingga terlupa bahawa kamu juga mempunyai kelemahan!

ANGKA KEHIDUPAN 2
*Ia melambangkan kamu ini seorang yang setia dan taat tidak kira kepada orang atasan ataupun pasangan hidup. Kamu juga seorang yang ringan tulang dan suka membantu orang yang memerlukan pertolongan dari kamu tanpa banyak soal. Oleh sebab itu kamu sesuai bekerjasama dan bekerja secara berkumpulan. Sifat kamu yang pandai bergaul membuatkan kamu ramai teman. Namun biasanya kamu akan mencapai kejayaan dengan bimbingan orang lain seperti orang atasan. Sifat kamu yang sederhana membuatkan hidup kamu lebih bahagia.

-Kelemahan diri:
Sebenarnya kamu ini tidak mempunyai citi-cita yang tinggi. Kamu cepat berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kamu raih. Bahkan kamu juga terlalu serius memikirkan soal masa depan. Kadangkala kamu cepat membuat keputusan sehingga kamu sendiri sesali nanti bila kamu sedar ia kurang tepat. Kamu juga kurang tabah untuk menghadapi rancangan dan rintangan hidup.

ANGKA KEHIDUPAN 3
*Nampaknya kamu ini seorang yang ‘happy go lucky’ orangnya dan optimistik. Sifat sebegitu membuatkan kamu disenangi ramai apatah lagi kamu bijak mengambil hati teman-teman. Kamu juga tidak kekok untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendak tahu apa yang tersirat dihati mereka? Lihat saja air muka mereka. Pasti ia tergambar dengan jelas dan nyata kerana mereka tidak pandai menyembunnyikan perasaan. Jika mereka dapat mengatasi sifat ragu-ragu,pasti kejayaan dapat dicapai!

-Kelemahan Diri:
Sah! Kamu ini kurang tabah untuk manghadapi cabaran hidup. Selalu saja keraguan bersarang di hati. Cuba atasi kelemahan itu yek! Anggaplah cabaran itu sebagai bunga-bunga hidup!

ANGKA KEHIDUPAN 4
*Selalunya orang yang terletak di bawah angka kehidupan ini agak senang kehidupan mereka. Mereka jarang menghadapi kesulitan dari segi material. Tapi tidak hairanlah mereka mampu hidup senang kerana sikap mereka yang rajin berusaha. Selain itu, sifat patuh membuatkan mereka disayangi oleh orang atasan dan si dia. Mereka juga jenis yang suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

-Kelemahan Diri:
Kamu ini seorang yang selalu berpegang teguh kepada adat hinggakan kadangkala menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Kamu juga seorang yang keras kepala. Putih kata kamu putihlah jawabnya. Satu lagi sifat negatif kamu, sukar untuk mempercayai orang lain!

ANGKA KEHIDUPAN 5
*Bagi kamu, hidup ini hanya sekali saja. Tidak ada faedah memikirkan perkara lepas yang mengguris hati. Kamu lebih suka memandang ke depan dan bersemangat tinggi. Kamu juga suka mencari perubahan dan pembaharuan. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah tugasan luar pejabat yang tidak mengongkong kebebasan kamu. Namun kamu sukakan kehidupan yang damai dan privacy. Satu lagi sikap kamu, tak suka cari pasal dengan orang lain!

-Kelemahan Diri:
Oleh kerana kamu suka membuat pembaharuan, kadangkala terlalu ‘excited’ mengejar sesuatu yang baru sedangkan rancangan lama masih belum siap lagi! Kamu juga agak boros apabila menyentuh soal duit. Selain itu, kamu cepat bosan dan suka bertukar kerja. Awas! Kadangkala mereka ini juga suka menukar pasangan!

ANGKA KEHIDUPAN 6
*Mereka yang bernaung di bawah angka kehidupan ini seorang yang bertanggungjawab dan pandai menjaga perhubungannya dengan orang lain. Mereka juga berjiwa patriotik dan suka bersederhana dalam serba serbi. Mereka juga sukakan kehidupan yang damai dan bencikan pergaduhan. Sebab tu bila ada teman yang bertekak, mereka buat tak reti. Nanti memburukkan lagi keadaan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini sesuai dijadikan orang tengah kerana mereka ini takkan berat sebelah.

-Kelemahan Diri:
Hai..gila kuasa nampak? Tanpa sedar, kadangkala mereka ini akan ambil tugas orang lain. Mereka juga selalu gelisah bila ditimpa masalah walaupun remeh. Dalam soal cinta, mereka ini juga agak keterlaluan. Asyik nak berkepit aje!

ANGKA KEHIDUPAN 7
*Biasanya mereka yang berada di bawah angka ini mempunyai pemikiran yang tinggi dan suka berfikir secara logik. Mereka juga pandai memulakan komunikasi walaupun dengan orang yang pertama kali bersua. Sebab tu mereka ini mudah jalinkan persahabatan dengan orang lain. Selain itu, kebiasaannya keputusan yang mereka buat pasti tepat dan tidak akan disesali di kemudian hari.

-Kelemahan Diri:
Mereka ini sering berasa gelisah dan curiga. Boleh jadi pengkritik yang baik kerana sifat mereka yang suka mengkritik. Jangan macam tu kamu pun bukannya ‘perfect’ sangat! Sifat kamu yang pentingkan kesempurnaan membuatkan diri kamu sering dipermainkan teman-teman. Padan muka!

ANGKA KEHIDUPAN 8
*Wah! materialistik rupanya kamu ni! Tak nak mengaku lagi tu? Tapi biasanya kamu sentiasa memperolehi apa yang kamu inginkan. Selain itu, kamu juga pandai mengaturkan soal kewangan. Kamu juga mempunyai pandangan yang luas dan rajin bekerja. Dalam perhubungan, kamu memang jenis yang setia habis!

-Kelemahan Diri:
Eh! Dahlah materialistik, boros pulak tu. Selain itu, kamu ini agak sombong orangnya lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali.

ANGKA KEHIDUPAN 9
*Syabas! Kamu bersifat dermawan dan berperikemanusiaan. Kamu juga prihatin terhadap pemasalahan orang lain terutamanya yang rapat dengan kamu. Dari segi penampilan, kamu sentiasa pastikan diri kamu kemas . Pergaulan pula, kamu pandai membawa diri dan sering mengalah. Malas nak cari gaduh!

-Kelemahan Diri:
Kelemahan kamu, hidup yang tidak terurus! Kamu juga sensitif yang tidak bertempat dan berjiwa pemberontak. Satu lagi, berhati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini suka bertukar pasangan seperti mereka suka tukar kerja! Selagi tak puas hati, selagi itulah mereka akan mencari! Satu lagi sifat mereka, suka menyendiri dan tak suka diganggu lebih-lebih lagi time mood tak betul!



Mencari Kesempurnaan? Layakkah Anda?

AsSalam semua..selamat pagi..awl2 pg nie den nk update cte kt cni..6t ptng2 mls dh..besa bos de..kng de jer yg kne tegur..;)ari nie entry psl kisah seorng lelaki mncari kesempurnaan..tp layakkah kita mncari kesempurnaan itu..?meh la sma2 kita pikirkn..(?__?)

KISAH SEORANG YG BERNAMA LELAKI

Lelaki telah mengembara di seluruh dunia mencari wanita sempurna.
Selepas 10 tahun mencari, Lelaki akhirnya kembali ke rumah.
Sahabat karib Lelaki bertanya kepada Lelaki :
–Jadi, kau dah jumpa wanita sempurna itu?
Lelaki beritahu kwnnya
Lelaki jumpa wanita paling Cantik di bahagian Selatan. Matanya seperti batu permata, rambutnya seperti rantai emas dan badannya seperti badan seorang dewi.
Sahabat karib Lelaki kelihatan ghairah:
–Wahai sahabatku, sudahkah engkau memperisterikannya?
–Malangnya tidak. Sedihnya dia tidak Sempurna kerana dia seorang yang miskin.
Jadi Lelaki terus mencari di Utara dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang sangat Kaya. Kekayaannya mengalahkan harta setiap wanita di dunia ini. Wanita itu tidak sedar betapa banyaknya hartanya.
–Jadi, inilah yang dikatakan wanita Sempurna betul?
–Tidak, jawab Lelaki. Wanita itu adalah makhluk paling hodoh yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.
Akhirnya, Lelaki meneruskan perjalanan ke Timur dan di situ saya terjumpa dengan seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai harta. Dia sangat sempurna…
Jadi, adakah kau sudah memperisterikannya?
Tanya sahabatku.
Tidak, sebab malangnya dia terlalu Sempurna sehinggakan dia hanya memilih lelaki sempurna untuk bersamanya.

p/s:kita patut sedar akan diri sendiri

Apabila kita asyik mencari kesempurnaan, selalunya kita akan berdepan dengan…kekecewaan. Kita sendiri belum cukup sempurna mengapa kita mengharapkan kesempurnaan dari insan lain?
Fikirkan : Bukankah kita akhirnya telah menjumpai Kesempurnaan apabila kita Berhenti dari terus mencari? “Lihat pada kejayaan, bukan pada kesempurnaan”



Tuesday, March 8, 2011

Mnjadi TuNanGan OrG Tanpa Anda sedar!!

AsSalam semua..selamat pagi semua..pg2 td cik ckin dh skype srh baca bnde nie..wow!!
meh kita kongsi sma2...



Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”

“Kahwinlah dengan kita bila2″

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.
credit 2:paeh.net

Ya Allah Jika Aku JatUh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…