salam Maulidur Rasul tok semua teman2ku..korang cuti xari nie..?den sedih nie xleh nk cuti..mencik2 tol..2 la pdn muka den sya srh kje ngn owng cina..ambik kau!!..pe2 pon xkisah la..tima jer lorh..nsb bdn maa..
Renungan bersama...
Umat Islam sedang bersedia menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. ke sekian kalinya.Berbagai bentuk sambutan diadakan bagi meraikan Maulidur Rasul. Majlis yang biasa kita adakan iala seperti jamuan, tahlil, selawat, berzanji, majlis amal, perarakan dan sebagainya yang munasabah kita lakukan.
Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar adalah lebih penting..
Tidak salah mengingati Nabi S.A.W. bahkan kita mendapat pahala kerana membuat peringatan tentang Nabi S.A.W. Namun sambutan dan pesta memperingati Rasul S.A.W. biarlah hanya suatu sampingan kepada ingatan kuat dan kecintaan sungguh kita padanya di seluruh musim, tidak kira apa musim pun. Musim bola ke, musim tengah orang duk sibuk puja artis ke, musim orang tengah gila memberontak ke, apa musim sekalipun kita tetap ingat dengan ingatan tulus ikhlas pada Nabi S.A.W. Yang ini baru boleh kita iktiraf sebagai sambutan yang bagus. Sambutan yang lahir dari hati dan perasaan yang mendalam dan bukan hanya sekadar kulit luar semata-mata.
Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, “tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri”. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. “sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah,” sabda Rasul S.A.W.
Selawat dan salam ke atasnya
No comments:
Post a Comment
awek cun @ ensem boy kata..: