TeMaNKu

Sunday, March 13, 2011

7 Jenis Cinta Yang Dikejar

Entry kali ni ada jiwanglah sikit. So, janganlah membosankan diri anda membacanya ye. Entry ni den buat just buat sang pencinta. Sama ada pencinta wanita or lelaki.meh kita layan lagu amy mastura psl cinta..;)

Amy Mastura - Cinta
Jika ditanya tentang cinta
Macam macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan
Hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang esa

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerna cinta
Kerana cinta bahagia


Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya
Alangkah indah kita dicinta
Kerna hidup kita lebih bahagia



Cinta ni bolehlah dikategorikan pada 7 jenis cinta. Dalam ketujuh jenis cinta ini, rasa2nya anda dalam kategori mana satu? Kalau boleh nak cinta pertamakan, namun harus ingat tak semua cinta pertama bertahan lama. Tengoklah juga sama ada jodoh kita kuat, barulah cinta pertama sampai ke jinjing pelamin. Kalau tak, hanyut ke tengah lautan. Tapi jangan risau, ada cinta lain masih menanti anda. Walaupun taklah sama seperti cinta pertama.

Oklah...tak usah bebel panjang, sini diperturunkan 7 jenis cinta yang dikejar sang pencinta seperti anda:


1. CINTA PERTAMA

Kadang-kadang boleh berubah seiring dengan waktu. SO, pandai2lah bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..btl x..?


2. CINTA PEMBIMBING

Hmm..yang ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi ‘guru’, seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat @ diri kita.

3. CINTA MENGGODA

Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.


4. CINTA BERBEZA STATUS

Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yang terlalu jauh kadangkala boleh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…macam kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…


5. CINTA 3 SEGI

Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yang dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT

Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya.. so, berikanlah cinta yang tulus kepadanya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA

Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita untik mendapatkan cinta yang kita inginkan…

5 comments:

awek cun @ ensem boy kata..: