TeMaNKu

Wednesday, March 9, 2011

Mencari Kesempurnaan? Layakkah Anda?

AsSalam semua..selamat pagi..awl2 pg nie den nk update cte kt cni..6t ptng2 mls dh..besa bos de..kng de jer yg kne tegur..;)ari nie entry psl kisah seorng lelaki mncari kesempurnaan..tp layakkah kita mncari kesempurnaan itu..?meh la sma2 kita pikirkn..(?__?)

KISAH SEORANG YG BERNAMA LELAKI

Lelaki telah mengembara di seluruh dunia mencari wanita sempurna.
Selepas 10 tahun mencari, Lelaki akhirnya kembali ke rumah.
Sahabat karib Lelaki bertanya kepada Lelaki :
–Jadi, kau dah jumpa wanita sempurna itu?
Lelaki beritahu kwnnya
Lelaki jumpa wanita paling Cantik di bahagian Selatan. Matanya seperti batu permata, rambutnya seperti rantai emas dan badannya seperti badan seorang dewi.
Sahabat karib Lelaki kelihatan ghairah:
–Wahai sahabatku, sudahkah engkau memperisterikannya?
–Malangnya tidak. Sedihnya dia tidak Sempurna kerana dia seorang yang miskin.
Jadi Lelaki terus mencari di Utara dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang sangat Kaya. Kekayaannya mengalahkan harta setiap wanita di dunia ini. Wanita itu tidak sedar betapa banyaknya hartanya.
–Jadi, inilah yang dikatakan wanita Sempurna betul?
–Tidak, jawab Lelaki. Wanita itu adalah makhluk paling hodoh yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.
Akhirnya, Lelaki meneruskan perjalanan ke Timur dan di situ saya terjumpa dengan seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai harta. Dia sangat sempurna…
Jadi, adakah kau sudah memperisterikannya?
Tanya sahabatku.
Tidak, sebab malangnya dia terlalu Sempurna sehinggakan dia hanya memilih lelaki sempurna untuk bersamanya.

p/s:kita patut sedar akan diri sendiri

Apabila kita asyik mencari kesempurnaan, selalunya kita akan berdepan dengan…kekecewaan. Kita sendiri belum cukup sempurna mengapa kita mengharapkan kesempurnaan dari insan lain?
Fikirkan : Bukankah kita akhirnya telah menjumpai Kesempurnaan apabila kita Berhenti dari terus mencari? “Lihat pada kejayaan, bukan pada kesempurnaan”



2 comments:

awek cun @ ensem boy kata..: