TeMaNKu

Monday, March 7, 2011

PAHIT MANIS CINTA

Assalam semua..selamat tghari..ari nie kita cte psl cinta lg..lau spe2 yg dh jemu nk bca..sila abaikan yer..meh kita layan..k la..nk g lunch luu..papai2 semua..

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yg hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pd yg xpasti, xperlu lamerayu pada yg xsudi. Cinta pertama tidak semestinya yg terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yg tersendiri. Jgnlah terus terikat pd cinta yg sudah pergi.

Kadang2 bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yg cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dgn kasih syg. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila2 . Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yg kita telah lakukan.Malangnya kesedaran itu sentiasa dtng terlambat.

Antara cinta yg telah berlalu dgn cinta yg sedang menanti kita sentiasa cenderung utk mengabaikan cinta yg berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yg telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Bila seseorg jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yg tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hnya seperti ubat khayal yg bertindak sementara shj dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi slps itu…krn sesungguhnya kita boleh menipu org lain tetapi bkn hati kita sendiri.

Jika bercinta jgnlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita xmahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kpd cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kpd cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dgn diri sendiri apa yg telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang2 kita membuat kesilapan yg menutup pintu hati sang kekasih utk terus mencintai kita. Kadang2 kita tewas dgn tipu helah orang ketiga yg sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.



No comments:

Post a Comment

awek cun @ ensem boy kata..: