TeMaNKu

Wednesday, June 1, 2011

TIPs BERHENTI MEROKOK

Salam semua..ari nie entry den ditujukan pd all boys yer..apa yg de ngn rokok yer..?bst sngt ker ..?bnyk buruknya drpd baek nyer..so,berhenti la merokok seblm trlewat..lau xmerokok lg macho la brother..simpn wet yg dok beli rokok lg de faedahnye..lau xnak kasi kt den pon okeh!..hehehe..lau xnk ikot xpe la..ska ati korang lam..idop korang den xleh nk pksa..sekadar nk brkongsi tip jer..to all gurlz say NO 2 pd PKWE YG MEROKOK yer..lau dia merokok pujuk2 la abg syg korang berhenti..ckp kt pkwe korang yg korang nk idop semati ngn diaowng..lau diaowng mati korang kwen laen..HAHAHA..padan muka diaowng..nk mati awl sngt kn..
p/s: to my dear i appreciate your efforts..harap2 kamoo xkecewakan sya pasai bnda nie..



TIP2 TOK BERHENTI MEROROK


1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda anti setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak2. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya

2 comments:

  1. whenever i think 2 stop smoking...i need cigaratte to think..hehehehe

    ReplyDelete
  2. mr nice-it up to u.. NO SMOkING..:)

    ReplyDelete

awek cun @ ensem boy kata..: